Pages

Saturday 5 October 2019

5 Tips Bercuti di Jeju, Korea

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua😊

Harini Awin nak share Tips Bercuti di Jeju.

1) Universal Travel Adapter

Ini benda wajib kalau korang bercuti ke luar negara kalau plug tak sama dengan plug Malaysia.
Sekarang ada macam2 jenis, dekat Shopee & Lazada banyak jual.
Murah mahal semua ada, pilih aje.

So pastikan bawa Universal Travel Adapter ni untuk charge handphone, power bank, camera dan alat2 elektronik lain.

Credit to Amazon.com

2) Internet

Zaman sekarang ni semuanya perlukan Internet. Mostly perlukan Internet untuk contact family kalau berjauhan, guna Internet untuk cari jalan kalau sesat, dan paling penting nak share dekat social media (update IG Story & Feed, Facebook, Whatsapps status, etc). Nak updated gitu😆

Sekarang tak sama macam dulu, sekarang ada macam2 option.
Kalau korang tak nak roaming guna telco korang (maybe mahal), korang boleh beli simcard atau WiFi.

Macam Awin sendiri, Awin sewa pocket WiFi dengan Roaming Man.
Sewa untuk Korea sehari RM12. Coverage sangat tip top dan satu device boleh sharing up to 4 orang.

Credit to roamingman.my

Pocket WiFi ni boleh ambil sebelum departure dekat KLIA atau KLIA2 dan return balik di tempat yang sama. Memang mudah dan terbaik👍
Nak upload gambar, buat video call laju aje😉

Negara2 lain pun Roaming Man ni cover. Boleh search dekat website dorang ok😊

3) Kasut

Awin sarankan kalau korang bercuti di Jeju, sila lah pakai kasut sukan atau kasut yang bersesuaian.
Tak sesuai kalau nak pakai kasut tinggi, boots atau sandal.

Dekat Jeju ni tempat2 attraction mostly kena mendaki, ada yang naik dan turun tangga, panjat batu pun ada disebabkan nak dapatkan shot gambar yang cantik punya pasal😁

Nak start mendaki nak naik Seongsan Ilchulbong😅

Seopjikoji. Target nya nak pergi light house yang hujunggg sekali tu kalau korang nampak😂

So better pakai lah kasut sukan, senang korang nak bergerak, tak melecet dan selesa.

4) Makanan

Semua sedia maklum makanan halal susah nak dapatkan di Jeju. Restaurant halal ada tapi tak banyak.
Kalau nak makan setiap kali waktu makan dekat luar pun harga boleh tahan😂
Average setiap kali makan biasanya KRW15,000 lebih kurang RM50.
KRW15,000 ni dapatlah makan 1 set ikan bakar dengan nasi😇

So tips nak jimat untuk makanan, Awin bawa makanan instant dari Malaysia.
Kalau dulu Awin bawak Brahim food, baru2 ni Awin try instant food yang baru brand Sharifah Foods.

Makanan dia variety jugak, ada Sambal Sotong, Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Kampung dan macam2 lagi.
Cara dia rendamkan dengan air panas atau panaskan guna microwave dan boleh terus makan.
Jimat kos perbelanjaan korang dekat Jeju👍

Nasi goreng kampung sedap👍 Roti cicah dengan sambal sotong pun sedap😍

Tapi ingatt☝☝☝
Ada makanan yang dilarang masuk ke negara Korea seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ayam.
Alhamdulillah semua makanan Sharifah Foods haritu lepas, mungkin sebab dah proses.
Tapi apa2 pun jangan lupa declare makanan tu dalam form yang diberi dalam flight ok😉

5) Botol air kosong

Biasa kita kalau berjalan bawa botol untuk minum air kan?
Kalau berjalan dekat Jeju ni toilet dia tak ada air ok. Ada tisu je😀
Ni bukan dekat Jeju je, dulu Awin jalan dekat Seoul pun air dalam toilet takada.

So Awin sarankan sentiasa bawa botol air kosong dalam beg, senang nanti kalau nak pergi ke toilet.
Nanti isi air dekat sinki toilet je.

Tapi jangan risau walaupun air takde dalam toilet, toilet dekat Korea ni sentiasa bersih👍

OK, tu sahaja tips dari Awin kalau korang nak bercuti di Jeju nanti.
Kalau mendapat manfaat boleh lah share ok💗

No comments:

Post a Comment