Pages

Saturday 21 March 2015

Travel Log Korea 2015 - Day 2 (Wax Museum, KBS, Gwanghwamun Square, Gyeongbokgung Palace)

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua!:)

Jom sambung dari entry lepas bercuti di Korea masa musim sejuk February haritu:)
Boleh refer sini untuk entry sebelum ni untuk tau guesthouse (GH) yang kitorang stay sepanjang 8 hari 7 malam di Korea dan Ikan Bakar sedap di Dongdaemun:)

Hari Kedua di Korea, kalau bergerak sendiri haruslah gerak pagi2 kan?
Mestila kena manfaatkan setiap minit yang ada dengan aktiviti2 berjalan. Hehe.
So, harini kalau ikut itinerary, planning nya pagi2 kitorang akan ke Gwanghwamun Square, Gyeongbokgung Palace then ke 63 Building dan KBS Building.

Tapi disebabkan cuaca harini melampau sejukkkk, plan bertukar. Huhuhu.
Pagi ni cuaca -12 Celsius. Patutnya pagi ni jalan2 di Gwanghwamun Square dan Gyeongbokgung Palace dulu, tapi kitorang decide utk pergi ke 63 Building dan KBS Building dulu.

Untuk ke 63 Building, naik subway berhenti di Yeouinaru station.
Ada 3 cara ke 63 Building ni, tapi kitrog decide untuk jalan kaki je.
Jalan kaki lebih kurang 15 minit sebenarnya, tapi kitorang terlajak ke depan sikit hehehe.
Memang mencabar jalan harini sebenarnya. Dengan cuaca sejuknya, jalan tepi Han River lagi huhu.


Dekat 63 Building ni ada Wax Museum. Jom layan gambar2 dekat Wax Museum:)



















Gambar iols memang tak banyak kat sini sebab my personal opinion patung2 wax die tak berapa real la. hahaha.
Settle dekat Wax Museum, next plan ke KBS Building.
Yayy yg ni tak sabar sebenarnya nak pergi sini:)
Actually nak pergi SBS sebenarnya (pengaruh Running Man paling kuat hehe) tapi memandangkan SBS agak jauh dan tak boleh masuk pun huhu then decide pergi KBS je la.. Jadilah hehe.

Aktiviti apa ada dekat KBS ni?
Haaa kita boleh explore tentang dunia penyiaran dekat KBS ni.
Kalau korang nak pergi, naik subway berhenti dekat station National Assembly Exit 4.
Kelaur dari stationcari je signboard KBS. Jalan kaki 10minit je. Senang sangat nak cari!
Jom layan gambar dekat KBS. Amsyar pun seronok jugak:)





























Lama juga kitorang spends masa dekat KBS.
Next destination Gwanghwamun Square dan Gyeongbokgung Palace.
Dua2 ni dekat aje.
So kita pergi dulu Gwanghwamun Square ok.
Running Man selalu shooting kat sini tau hihihi.






Tau tak kitorang sampai dekat Istana ni dah pukul 4 petang?
Last admission ke dalam adalah pukul 4 petang. Hahahaha
So layan je lah gambar2 depan Istana di tengah2 bandar Seoul ni.
Esok kita plan datang balik eh. hehehe.
Layan je la ape yg ade ye hihi.












Harini memang banyak berjalan penuh dengan aktiviti.
Dari Istana terus balik ke GH, solat dan mandi dan malam tu jalan2 di Myeongdong!
OK. Malam ni kena tido awal. Esok pagi2 nak ke Nami Island.. Yayyyyy!

Sambung next entry di Nami Island ok:)

No comments:

Post a Comment