Pages

Sunday 15 September 2019

Travel Log Jeju, Korea 2019 - Day 3 Shopping Souvenir di Dongmun Market & Daiso Jeju

Assalamualaikum.
Annyeonghaseyo semua🙆

Jom sambung baca Day 3 Awin dengan kawan2 dekat Jeju😃

Day 3 hari ni yang penuh dengan aktiviti la macam Day 2.
Datang dah jauh2 kot, mestilah kena gunakan sepanjang hari dengan semaksium mungkin kan?😊

Kitorang bergerak dari Aewol nak dekat pukul 7 malam, sampai Jeju City dalam pukul 8 malam.
Sejam jugak perjalanan dari Aewol ke jeju City.
Target kitorang malam ni nak beli Souvenir dekat Dongmun Market & Daiso.


Walaupun dah sampai area Dongmun Market pukul 8 malam tapi masa nak cari parking kawasan tu jem sangat huhu.
Lepas dah parking, masuk Dongmun Market dah pukul 830 malam jugak.

Plan nya mestilah nak explore dekat market ni, nak makan street food sebenarnya.
Tengok Kina Omar dan mostly ramai try makan Hotteok dekat sini.

Hotteok. Filling hotteok ni red bean. Dekat Myeongdong banyak jual😋
Credit to  Instagram matthewkim_0530

Tapi sampai dah lewat, takde rezeki la nampak nya nak try😅

Disebabkan Jeju ni femes dengan tangerine, so first souvenir yang di recommend beli dekat sini adalah Coklat Jeju😊

Bagi Awin coklat ni unik. Coklat Jeju ni adalah dried tangerine disalut dengan white chocolate😋 

Coklat ni memang dijual meluas dekat Dongmun market.
Kitorang memang tak sempat la nak tangkap gambar dalam market ni. Sebabnya rushing takut Daiso tutup😁

Selain coklat, macam2 ada jual dalam ni. Tangerine memang banyak la dalam ni
Credit to pureglutton.com

Tapi kalau korang nak beli coklat ni, masa nak beli tu korang pastikan brand JeKiss ok

Dan ada logo halal. Sebabnya coklat oren ni banyak jual dan mostly tak halal.
Yang tak halal murah la. 10 box KRW15,000.
Yang halal ni 1 box (dalam ada 12pcs) harga KRW8,000. Ofkos mahai😆

Settle masing2 beli coklat, kitorang keluar dari market bergerak ke Daiso.
Dekat je Daiso ni, keluar je dari Dongmun Market tepi tu je.

OK Awin dapat soalan, kenapa beli souvenir dekat Daiso?
Berbeza dengan Seoul yang senang nak beli dan ada pelbagai souvenir, Jeju ni memang tak banyak choice.
Awin dapat idea beli souvenir dekat Daiso pun ada baca dekat FB Road to Korea (RTK) ramai beli dekat sini.

Even Fridge Magnet(FM) dekat tempat2 attraction, dalam Dongmun Market pun harga satu  KRW4,000 ok.
Dekat Seoul boleh dapat KRW1,000 je. 
Tapi harga souvenir dekat sini tak boleh kalah harga souvenir dekat Maldives 😂😂😂 

Daiso dekat sini 3 tingkat, so amikla masa untuk pilih macam2 barang ada.

Ni antara barang yang Awin beli dekat Daiso Jeju

Hand mirror. Cantik😍 KRW2,000

Coin purse. KRW2,000. Agak mahal. Dekat Seoul murah jeee.

FM 4 ketul KRW2,000. Yang ni jimat. Kiranya 1 FM jatuh satu KRW500

Keychain KRW1,000

Yang ni pun Awin beli jugak. Hahahaha.
Kot2 la nak makan ramen dengan rumah boleh pakai yang ni hehe. Murah jeee KRW3,000

Itu lah antara yang Awin beli dekat Daiso. Habis nak dekat RM200 jugak bila dah convert😅
Ni baru Daiso, belum campur benda2 lain😅
Pergi bercuti mana2 bab beli souvenir memang pening sebab habis banyak😆

Ok selain dari Coklat Jeju dan souvenir beli dekat Daiso, Banana Uyu jugak antara yang Awin beli bawak balik😍😍😍

Sebelum2 ni pergi Korea pun memang wajib beli, berpuluh2 botol.
Setiap kali mesti kena tahan Kastam Malaysia. Curious agaknya beli apa berbotol2😂 
Tapinya dekat Jeju harga dia standard KRW1,400.
Kalau dekat Seoul dulu banyak Mart jual, kadang buat sales dapat beli sebotol KRW900 je.

Fresh. Sedap! Yang banyak jual dekat Malaysia dalam kotak tak gemarr😜
Maybe yang ni fresh. Expired date kejap je dalam seminggu. Kalau yang jual dalam air kotak tu standard air kotak lama expired date dia. 

Ok, souvenir semua dah settle so kitorang terus ke GH untuk check in.
Dekat Jeju City kitorang stay dekat Champion Hotel ni, tak jauh dari Dongmun Market.


Credit to Agoda

Bilik ok je, selesa. Masa tengok review, ramai jugak orang Malaysia stay sini😊

Badan pun dah penat, hari yang penuh dengan aktiviti tapi enjoy😊

Malam ni nak packing2 beg dah.
Esok flight balik pukul 3 petang, tapi esok akan singgah 3 tempat dulu sebelum balik.

So summary untuk harini:

Coklat Jeju @ Dongmun Market: KRW40,000
Souvenir @ Daiso Jeju City: KRW50,000
Champion Hotel = RM83.87 | RM41.93 per pax

Sampai di sini sahaja untuk Day 3. Jumpa lagi ok untuk hari yang terakhir, Day 4 di Jeju nanti.

** Update **
Day 1: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-GimnyeongWeoljoriBeach.html

Day 2: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korean-2019-SeongsanIlchulbong-Seopjikoji-UdoIsland-Mazeland-SeongeupVillage-BoromwatCafe.html

Day 3: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-day-3-SoesokkakEstuary-TangerineFarm-CheonjeyeonWaterfall-PlayKpop-YellowCafe-CamelliaHill-Osulloc-BomnalCafe.html

https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-shopping-dongmunmarket-daiso-jeju.html

Day 4: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korean-2019-JeolmulForest-KimKyungsookSunflower-SwissVillage.html

Annyeong!🙋😘

No comments:

Post a Comment