Pages

Monday 9 September 2019

Travel Log Jeju, Korea 2019 - Day 1 Gimnyeong & Weoljori Beach

Assalamualaikum.
Annyeonghaseyo😍

Tudia kemain cakap Korea hahaha.
Actually Awin baru je balik dari Jeju, Korea😄
Ini kali kedua Awin ke Jeju.

Kalau dulu pergi time Winter, kalini time Summer😇

Ramai tanya Awin kenapa pilih Summer?
Awin dah merasa Winter dan Spring dekat Korea.
Then tiba2 tengok tiket ke Jeju ada promo masa Summer. Apa lagi pantas terus beli la 😅

Belanja gambar masa pergi Winter dulu❤️

Mulanya trip ni namanya girls trip, macam sebelum ni tahun 2017 buat girls trip ke Vietnam, tapi disebabkan tak cukup korum, ramai ada hal, so kita namakan trip kalini adalah Me Time Trip sebabnya Daddy & Anak2 tak pergi😁😁😁

Thanks En Husband approve kan trip ni. Konsep nya ganti tiap2 minggu, seminggu 2-3x En Husband pergi training & game rugby😆

OK panjang pulak intro, jom baca experience Awin ke Jeju kalini. Boleh lah buat panduan yang nak pergi Jeju nanti❤️

P/S: Kalau korang view pakai phone, jgn lupa click picture ye. Awin perasan setaip kali gambar sebelum2 ni pun kalau view pakai phone dia shrink kan picture, kalau view thru laptop/desktop cun.


Day 1 - 24 Aug 2019

Flight kitorang pukul 650am. Biasa kalau flight pagini, Awin biasa amik bas dari KL Sentral to KLIA2 dalam pukul 3 lebih.

Tapi since masa ni KLIA ada problem, semua sistem down, dan ramai cakap walaupun KLIA2 hanya slightly impact, tapi ramai sarankan berada dekat Airport 4 jam sebelum.

So, kitorang decide pergi awal dan sampai dekat airport around 3am.
Sampai2 je terus ke Roaming Man.

Kalau dulu masa pergi Korea (Seoul & Jeju) tahun 2015, rental WiFi ni takde lagi.
So memang buat itinerary carik jalan take note siap2.
Tapi kali ni Awin rent pocket WiFi. Mudah sangat Awin booked thru Klook apps.
4 hari total harga dia RM48. 
Bagi Awin harga ni affordable sangat. Unlimited data, boleh share ramai2😊

Me time 4 hari 😅

Kalau dulu pegi Jeju, Awin amik domestic flight dari Seoul ke Jeju.
Tapi kalini direct KL to Jeju, senang dah ada direct flight kan. 😗

After 6 hours flight, syukur Alhamdulillah sampai di Jeju Airport walaupun flight delay setengah jam masa depart


Sampai2 je terus settle kan urusan sewa kereta.
Jeju bukan macam Seoul. Seoul senang je naik public transport dia, either train or bus, memang efficient.
Tapi Jeju ni tak sesuai. Jarak tempat2 attractions dia pun jauh2.
So kalau korang pergi in group, Awin suggest sewa kereta dan drive sendiri.

Kalini Awin masih sewa dengan Lotte Rent Car.
Ada banyak company sewa kereta yang lain, korang boleh survey2 mana yang murah ok 😇

Basically dari airport Jeju korang kena amik shuttle bus ke tempat sewa kereta tu.


Free je shuttle bus tu dan jarak lebih kurang 10 minit je

Tadaaa!
Ni la kereta sewa kitorang sepanjang 4 hari di Jeju.
Kalau dulu Awin sewa Kia Morning, kalini Peugeot Spark.

Actually sama je dua2 jenis kereta ni, compact car. Acah2 nak pakai brand Peugeot hahaha.

Kereta ni sesuai kalau travel group korang 2-3 orang. Kalau 4 agak sempit. 
Dengan beg, barang semua bagai. 3 orang just nice.

Settle bab kereta, kitorang terus bersiap sedia nak explore Jeju. Yayyy 💃💃💃

Drive di Korea ni left side ye kawan2. 
Nak drive dekat Korea ni jangan lupa kena ada International Driving License (IDP).

Since Jeju ni besar, lebih 2x besar dari Singapore, so memang kena plan wisely tempat2 korang nak visit.
Takde la korang dah pergi satu tempat then kena patah2 balik.
Kalau tempat tu jauh, buang minyak kereta dan masa je.

Macam kitorang plan ke East Jeju dulu😊

Pic credit to VisitKorea.org

Ok, since pergi Summer, so kitorang punya first stop adalah Gimnyeong Beach.
Jarak dari Lotte rent car dalam sejam jugak.
Actually tak jauh sangat tapi disebabkan dekat Jeju ni banyak had laju dan camera, so memang kena follow kalau tak nak kena saman.

So apa yang ada dekat Gimnyeong Beach ni? Windmill😍
Besar dan banyakkk windmill nya, jadi jakun jap hahaha.





Trip kalini syok sebab ada travel buddy cum photographer tolong amik gambar 😆😆😆





Settle posing2 tangkap gambar dengan windmill, kitorang teruskan perjalanan next beach iaitu, Woljeongri Beach.
Tak jauh sangat dari Gimnyeong Beach, 10 minit je😊

Dekat sini memang spot ramai tourist amik gambar😍

Kerusi yang famous dekat Woljeongri Beach



Me with Ika😊

Another reason Girls Trip bertukar nama hahaha 😆

Trip bersama adik2 dekat office, Zul & Ika💗




Dekat Weoljori Beach ni banyak Cafe, cantik2 design dia.
Boleh la spends time lepak2, tangkap gambar dekat sini😊




Biasa orang lepak cafe minum Coffee, tapi Awin memang setiap kali mesti nak beli Hallabong Juice dekat Jeju ni hehehehe.
Dari juice dia, ice cream dia, memang super sedap! Korang jangan lupa try ok😋😋😋

Lepas lepak2 minum dekat cafe ni, kitorang teruskan perjalanan ke Seongsan. Dah tak jauh, 5 minit je jarak dia.

Kononnya nak makan malam dekat Restaurant Uribong Sikdang (Halal restaurant), tapi malangnya dah tutup.
Bila google tutup pukul 9 malam, tapi sampai2 dah tutup walaupun baru pukul 730 malam masa tu.

So kita makan ice cream Hallabong je la malam ni hahaha😍

Sedap oihh. Terasa2 dekat tekak ni😋

Untuk hari pertama ni kitorang bermalam dekat Bomulseom Pension.
Kitorang memang plan carik yang berdekat Seongsan Ilculbong sebab target esok pagi2 nak naik Subuh2 hahaha.
Jarak 5 minit je ke Seongsan Ilculbong.


Sebelum ni kalau pergi Korea (Seoul) Awin selalu duduk Guesthouse (GH), tapi dekat Jeju ni banyak Pension.
Apa yang Awin nampak bezanya kalau duduk dekat Pension ni, setiap bilik memang ada dapur.
Senang kalau nak masak.
Kalau duduk GH sebelum ni kena masak dekat pantry.

Pic credit to Agoda


Simple je bilik dia, tapi selesa 😊


So summary untuk harini:

Flight ticket: RM630
WIFI Rental for 4 days : RM48
Sewa kereta for 4 days: KRW124,280 | RM145 per pax
Hallabong Juice: KRW7,000
Ice cream Hallabong: KRW4,000
Bomulseom Pension: RM110.78 | RM55.32 per pax

OK, jumpa lagi nanti sambungan Day 2 di Jeju. Tak sabar nak mendaki Seongsan Ilculbong😍

** Update **
Day 1: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-GimnyeongWeoljoriBeach.html

Day 2: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korean-2019-SeongsanIlchulbong-Seopjikoji-UdoIsland-Mazeland-SeongeupVillage-BoromwatCafe.html

Day 3: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-day-3-SoesokkakEstuary-TangerineFarm-CheonjeyeonWaterfall-PlayKpop-YellowCafe-CamelliaHill-Osulloc-BomnalCafe.html

https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-shopping-dongmunmarket-daiso-jeju.html

Day 4: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korean-2019-JeolmulForest-KimKyungsookSunflower-SwissVillage.html

Annyeong!🙋

3 comments:

  1. Your vacation experience in Seoul with your partner is very memorable and very inspiring. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. theapartmentsumalas.com

    ReplyDelete
  2. kalau pi sendiri mst banyak masa boleh stay kat satu2 tenmpat kan

    ReplyDelete