Assalamualaikum semua๐
Day 4 - 27 Aug 2019
Pagini kitorang keluar dalam pukul 730 pagi.
Packing2 barang siap2, kemas2 sikit kereta sewa sebab nak pulangkan harini.
Flight balik pukul 3 petang so plan nya pukul 12 tengahari dah pulang kereta.
So pagi ni jom jalan2 sat area Jeju City๐
First destination harini adalah Jeolmul Recreational Forest.
Aktiviti pagi2 kan, so kita morning walk la hahaha.
Sebelum nak bayar masuk dekat Jeolmul Recreational Forest ni, dekat parking kereta sini terjumpa bunga Hydrangea yang kitorang frust bunga ni color hijau je dekat Camellia Hill masa Day 3 ๐๐๐
Cantik kan Bunga Hydrangea ni๐
Bloom masa Summer tapi bukan end Summer๐
Ok jom explore dalam Jeolmul Recreational Forest ni๐
Entrance fee KRW1,000 sahaja seorang.
Tapi parking kena bayar KRW2,000
Main entrance
Basically dah nama pun forest, so kitorang just relax morning walk sambil tangkap gambar dekat sini.
Pagi2 jalan dalam ni rasa tenang je๐
Tengah2 hutan tiba2 ada bunga ni. Tak pasti bunga apa๐
Ni kalau Winter sure cantik ni. Penuh salji dekat pokok hahaha
Tu dia acah2 model. Single lagi sapa nak kenal meh bagitau๐
Yang ni pun single lagi. Pandai masak. Rugi tak kenal๐
Rasa iols tua tangkap gambar dengan budak2 ni๐
Lebih kurang sejam spends masa dekat sini, kitorang terus bergerak ke next tempat iaitu Kim Kyungsook Sunflower.
Nak tengok bunga mataharii๐๐๐
Tempat ni pun risau jugak masa nak pergi takut sampai2 bunga matahari dah habis musim๐
Untuk info korang, bunga matahari pun antara bunga yang bloom masa Summer tau๐
Lain musim, lain bunganya๐
Entrance fee KRW3,000
Bunga-bunga Matahari๐
Selfie satu kali๐
Tapi kalau korang perasan, mostly bunga matahari ni menunduk lagi, macam belum habis bangun lagi๐
Tak tau awal lagi ke apa. Tapi masa ni pukul 9 lebih pagi. Matahari dah naik dah.
Besar kan ladang bunga Matahari ni๐
Dekat sini pun kitorang spends masa almost sejam jugak.
Owh tiket entrance yang korang beli tu jangan hilangkan tau.
Masa nak balik korang bagi ticket tu balik, dapat discount beli barang2 dekat ladang ni.
Contohnya ice cream ni๐
Dan air oren ni๐
Biasa sebotol KRW3,000 jugak, yang ni KRW1,000 je. Murahhhh, dah la sedap๐
Next kitorang bergerak ke last destination sebelum balik Malaysia petang nanti, iaitu Swiss Village.
Swiss Village ni macam satu perkampungan yang ada building yang menarik.
Kawasan dia tak besar sangat, ada hotel, cafe & kedai.
Jarak dari Sunflower ke sini tak jauh sangat, dalam 15 minit.
Bangunan dia cantik2๐
Banyak cafe2 comel
Next trip ke mana kita? ๐๐๐
Settle tangkap gambar banyak2 dekat sini, kitorang bergerak ke arah airport dah.
Plan asal nak hantar kereta sewa dekat Lotte Rent Car tapi sebelum tu ingat nak lunch dulu dekat Badajanchi (Halal Restaurant), tapi malangnya on the way tu hujan sangat lebat huhu.
Masa drive tu dah risau sebab lebat sangat, jalan pun samar2.
Nasib la jarak dah tak jauh dah.
Then kitorang decide tak jadi makan, terus pulangkan kereta dekat Lotte Rent Car.
Sebelum pulangkan kereta sewa, korang kena make sure minyak kereta penuh seperti yang Lotte bagi dekat kita ok.
Sepanjang 4 hari, kitorang spends KRW52,000 lebih kurang RM180 untuk penggunaan minyak.
Sampai airport, solat jamak siap2 dekat Prayer Room dekat departure area dan Alhamdulillah cuaca kembali ok. Hujan renyai2 je.
Jeju International Airport
Annyeong Jeju Island. Till we meet again ๐๐๐
Alhamdulillah safely landed KLIA2 pukul 8 malam waktu Malaysia๐
Alhamdulillah berakhirlah Me Trip Jeju Summer 2019.
Thanks to adik2 aka my travel buddy jayakan trip ni bersama2๐
So summary untuk hari terakhir:
Jeolmul Recreational Forest: KRW1,000
Parking @ Jeolmul Recreational Forest: KRW2,000 / 3 = KRW666
Kim Kyungsook Sunflower: KRW3,000
Minyak kereta: KRW52,000 RM | RM180 / 3 = RM60 per pax
Ok sampai di sini sahaja entry Jeju Summer 2019.
Thanks untuk yang sudi baca entry Jeju dari Day 1 sehinnga Day 4 ni hehe๐
Yang nak full itinerary with details boleh email Awin norulaswin@gmail.com ok?
Jumpa lagi nanti.
** Update **
Day 1: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-GimnyeongWeoljoriBeach.html
Day 2: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korean-2019-SeongsanIlchulbong-Seopjikoji-UdoIsland-Mazeland-SeongeupVillage-BoromwatCafe.html
Day 3: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-day-3-SoesokkakEstuary-TangerineFarm-CheonjeyeonWaterfall-PlayKpop-YellowCafe-CamelliaHill-Osulloc-BomnalCafe.html
https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-shopping-dongmunmarket-daiso-jeju.html
Day 4: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korean-2019-JeolmulForest-KimKyungsookSunflower-SwissVillage.html
Kamsahamnida. Annyeong ๐
best.. thanks for sharing Awin
ReplyDeleteSama2๐
Deleterindunya Jeju ....
ReplyDeleteKan. Rindu Jeju jugak hehe๐
Delete