Pages

Thursday 12 September 2019

Travel Log Jeju, Korea 2019 - Day 3 Soesokkak Estuary, Tangerine Farm, Cheonjeyeon Waterfall, Play Kpop, Yellow Cafe, Camellia Hill, O'sulloc Tea Plantation & Bomnal Cafe

Annyeonghaseyo semua๐Ÿ˜๐Ÿ™†

Pagini plan kitorang jalan2 di sekitar Seogwipo.
Dekat sini memang banyak attractions yang dekat2.

Day 3 - 26 Aug 2019

First destination kitorang adalah Soesokkak Estuary๐Ÿ˜Š
Macam biasa dekat Jeju ni konsep nya adalah nature, so view semua adalah nature la kan hehe.

Soesokkak Estuary ni lebih kurang air sungai yang mengalir ke laut.
Pemandangan dekat sini sangat cantik, air pun bersih, Awin yakin musim Autumn sure lagi cantik๐Ÿ˜˜



Relax je permandangan dekat sini. Tenang๐Ÿ’—




Berhadapan je dengan Soesokkak Estuary ni, ada tangerine farm๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Jeju dengan tangerine ni sangat sinonim๐Ÿ˜Š


Rezeki sangat masa ni sebab kalau ikutkan tangerine belum musim masak lagi tapi masa ni ada la beberapa bijik yang masak. Ok la nak buat selfie๐Ÿ˜…๐Ÿ˜†

Untuk info korang dekat area Seogwipo ni sangatlah banyak tangerine farm tau, kiri kanan masa lalu sepanjang jalan mostly tangerine farm.
Bayangkan la bila tangerine ni dah masak kan?
Sure lagi best๐Ÿ˜Š






Selesai tangkap gambar dengan tangerine, kitorang teruskan perjalanan ke Cheonjeyeon Waterfall.
Dekat Malaysia waterfall orang buat mandi, dekat Korea orang buat tempat melawat dan tak boleh mandi๐Ÿ˜†

Ada 3 sections dalam ni sebenarnya. Korang boleh tengok jarak setiap section dekat sini.

1st section - Cheonjeyeon Pond

Suka gila gambar dekat sini๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“
Gigih bukak kasut masuk air nak capture picture dekat sini ok๐Ÿ˜ 



Nice kan๐Ÿ’“

2nd section - Cheonjeyeon Waterfall first tier

3rd section - Cheonjeyeon Waterfall 2nd tier

Dekat dalam ni jugak ada jambatan - Seonimgyo Bridge.
Korang boleh google sendiri kot kisah sejarah jambatan ni๐Ÿ˜‚





5 minit dari waterfall ni adalah next destination kitorang iaitu PlayKpop๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ
Dekat sini Awin dengan Ika je masuk, Zul memangla tak masuk. 
Zul takkan nak tangkap2 gambar dekat artis Kpop kot๐Ÿ˜†



Entrance. GD dengan TOP dah tunggu๐Ÿ˜

Ada 3 tingkat

Since nak masuk sini pun harga tiket pun agak mahal ๐Ÿ˜, Awin syorkan kalau korang ada banyak masa, spends la lebih masa sikit dekat sini.
Selain boleh main macam2 benda dalam ni, ada jugak hologram concert dalam ni.
Yang nak tengok GD menyanyi & joget boleh la datang๐Ÿ˜†





Acah2 tak? Tolong jangan muntah๐Ÿ˜…




Ni antara yang kitorang dok main la. Iols terpaksa la pilih GD. 
Kalau ada FT Island dah pilih dah. Zaman minat Kpop2 ni dah berlalu๐Ÿ˜‚




Hasilnya heehe. KRW5,000 print ni๐Ÿ˜€



Tengokla Ika ni semua benda dia main hahaha ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜





Ish malu la GD ajak berduet๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Ada banyak lagi gambar dalam PlayKpop ni sebenarnya, tapi banyak sangat gambar bergegar2 sebab gelak je lebih ๐Ÿ˜†, so kita filter la mana yang elok hehehe.

Penat gelak sakan, tekak pun dah haus so kitorang lepak kejap dekat cafe berhadapan PlayKpop ni, Yellow Cafe.
Ada yang tau cafe ni tak?๐Ÿ˜Š



Tadaaa. Siapa yang suka minum Banana Uyu sure tau cafe ni๐Ÿ˜

Kitorang lepak2 kejap je membasahkan tekak hehehe

Ingat minum susu pisang je cukup?๐Ÿ˜€
Perut masih lapar so kitorang terus pergi lunch.
Tak jauh pun dari Yellow Cafรฉ restaurant ni.

Chunsimine Restaurant. Picture credit to Trip Advisor

Ni lah menu kitorang makan dekat restaurant ni.
Biasalah kalau makan makanan Korea ni. Set nya Braised Mackerel Stew dan Grilled Mackerel je tapi side dish nya punya la banyakkkk. 

Dekat sini makan paling sedap, paling mahal dan paling lama nak habiskan makanan๐Ÿ˜†
Side dish biasa nya kimchi, ikan bilis dan sayur2 je tapi dekat sini ada salad, telur, kimchi pancake, tempura etc.

Banyak betul. Free refill pulak tu๐Ÿ˜Š

Braised Mackerel Stew tu macam ikan masak asam pedas. Sedap yang amatttt. Teringat2๐Ÿ˜‹

Puas hati betul makan dekat sini, set 2 orang tapi makan untuk 3 orang.
Tapi still banyak and lama nak habiskan. Rasa kalu makan bereempat pun ok. hehe.
So kalau korang nak makan dekat sini, boleh share2 jugak ok๐Ÿ˜˜

Tak jauh dari restaurant ni kitorang gerak ke Camellia Hill.
Dalam sepanjang 4 hari dekat Jeju ni, ini lah tempat yang paling FRUST huaaa ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Sebabnya kononnya adalah rezeki nak tengok bunga hydrangea tapi yang ada dekat sini pokok dan bunga hijau sahaja hahaha.
Hydrangea bloom masa musim summer tapi mungkin kitorang ni end summer huhu.

Entrance free KRW6,000 jugak ok so memang sadis rasanya haha.
Spring & Autumn sure lawa dekat sini huhu.

So jomlah layan serpihan2 bunga & pokok yang ada masa ni ๐Ÿ˜




Hijau je semua. Patut bunga tu warna purple๐Ÿ˜‘


Lavender yang tinggal pun ciput2 je hahaha

Ramai tanya tak panas ke pergi masa Summer?
Actually kitorang pergi time end summer nak masuk Autumn dah.
So most of the time cuaca memang nyaman2 je. Suhu 24-27. Ada kadang2 je matahari terik.

Dan hari ketiga ni jugak masa dekat Camellia Hill hujan turun. Huhu.


Next destination masih lagi dalam area Soegwipo iaitu O'sulloc Tea Plantation.
Dalam bahasa mudah ladang teh hehe.

Kalau tengok orang shoot gambar waktu cuaca ok, memang cantik.
Tapi disebabkan hujan lebat dah behenti tapi still renyai2 sikit kitorang malas nak pergi shoot kat ladang teh tu ๐Ÿ˜‚

Dekat sini pun for the first time, ini adalah tempat pertama dalam visit kitorang yang paling ramai orang.
Tempat2 lain macam tak de tourist je, kalau jumpa pun orang local Jeju je hehe.
Walaupun dalam flight pergi balik penuh orang Malaysia hehe.
O'sulloc Tea Plantation. Picture credit to thisiskoreatours.com

Kalau cuaca ok gigih jugak nak tangkap gambar kat sini kan huhu.
Picture credit to havehalalwilltravel.com

Walaupun hujan renyai, tapi dah sampai O'sulloc Tea Plantation ni wajib la layan green tea ice cream dia. Hehehe.
Paling famous dekat sini, sapa2 datang mesti cuba๐Ÿ˜‹ 


Hallabong Juice sebagai tambahan. Mesti nak order Hallabong jugak ๐Ÿ˜‚


Kakak dengan adik2 ๐Ÿ˜‡

Dah puas makan green tea ice cream, kitorang gerak ke next destination iaitu Yongmeori Coast.
Sekali lagi perasaan FRUST bertambah kuasa dua disebabkan kalau cuaca tak ok, tempat ni memang CLOSED.
Ini paling FRUST tau๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Dekat sini kalau  cuaca tak ok, memang dorang akan tutup tempat ni. Bahaya kalau ombak tinggi tepi tebing tu.



Nak tangkap gambar dekat sini ๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž
Picture credit to Kina Omar

Batu2 dekat Yongmeori Coast ni terbentuk daripada letusan lava beribu-ribu tahun lalu.
So memang spot yang cantikla kalau nak tangkap gambar dekat sini.
Takde rezeki kitorang, nampaknya macam nak kena repeat balik jurr hahahaha ๐Ÿ˜

Next kitorang terus bergerak ke arah Jeju city sebab esok petang flight nak balik dah.

Sebelum sampai Jeju city, singgah dulu di Bomnal Cafe dekat Aeowol ni.
Just singgah solat dan tangkap gambar sahaja hehehe.
Dekat sini jugak tempat shooting drama Warm and Cozy ๐Ÿ˜‡

Another my favorite picture๐Ÿ’— 

Dekat kawasan Aeowol banyak sangat cafe yang best2 untuk lepak.
Mostly lepak2 cafe sambil tengok sunset. Tapi masa limited, kitorang dapat lepak kejap je sebab malam ni jugak nak shopping souvenir hehe.



Nak tau kitorang beli apa untuk souvenir dekat Jeju ni?
Tunggu sambungan Day 3 next entry ok๐Ÿ˜˜

So summary untuk harini:

Cheonjeyeon Waterfall: KRW2,500
Play Kpop: KRW13,500
Yellow Cafรฉ: KRW14,000 / 3 = KRW4,600 per pax
Lunch @ Chunsimine: KRW66,000 / 3 = KRW22,000 per pax
Camelia Hill: KRW8,000
Ice cream & juice @ O'sulloc Tea Plantation: KRW28,100 / 3 = KRW9,300 per pax

** Update **
Day 1: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-GimnyeongWeoljoriBeach.html

Day 2: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korean-2019-SeongsanIlchulbong-Seopjikoji-UdoIsland-Mazeland-SeongeupVillage-BoromwatCafe.html

Day 3: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-day-3-SoesokkakEstuary-TangerineFarm-CheonjeyeonWaterfall-PlayKpop-YellowCafe-CamelliaHill-Osulloc-BomnalCafe.html

https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korea-2019-shopping-dongmunmarket-daiso-jeju.html

Day 4: https://mummyawin.blogspot.com/2019/09/travel-log-jeju-korean-2019-JeolmulForest-KimKyungsookSunflower-SwissVillage.html

Annyeong!
Thanks korang sudi baca๐Ÿ˜

No comments:

Post a Comment