Assalamualaikum & Selamat berhujung minggu semua ^_^
So harini kitorang plan nak ke indoor theme park Lotte World, yayy!
Masa mula2 buat itinerary, kitorang confuse sama ada nak ke Lotte World atau Everland.
Dari segi location, Lotte World terletak di dalam bandar Seoul juga. Dari segi entrance fee, harga lebih kurang tapi Everland ada discount untuk foreigner. Tapi disebabkan time kitorang pegi ni time Winter, so memang decide ke Lotte World. Lotte World merupakan indoor theme park terbesar di dunia, manakala Everland lebih kepada outdoor.
Time sejuk2 gini tak kan nak habiskan masa dekat outdoor kan?
Tapi jangan risau, nanti Awin share pengalaman ke Everland masa musim spring. Best sangat ok!!!
Macam Awin pernah cerita sebelum ni, MetroidHD ni sangat-sangat berguna dan better install sebelum ke Korea untuk memudahkan perjalanan korang. Ini in case kalau korang backpacker la. Kalau ikut tour guide/package tak perlu la kan hehehe.
MetroidHD sangat-sangat membantu Awin. Sure korang takkan sesat naik subway dekat Korea walaupun ada lebih dari 10 lines!
Korang just key in korang dari station mana dan nak ke mana.
Result dia akan show korang perlu naik Line mana, masa dan kos dia. Senang kan?
Install siap-siap sebelum pergi Korea tau!
Terpanjang pulak mukadimah. Jom sambung balik hehehe. So pagi tu kitorang bergerak awal.
Pukul 8 pagi kitorang dah bertolak dari GH. Cara nak ke Lotte World senang je.
Dari GH kitorang naik subway dari station Jogno 3 dan behenti di station Jamsil yang mana mengambil masa dalam 30 minit sahaja.
Suasana dalam subway. Orang nak pergi keje, kitorang gi berjimba hehehe.
Amsyar mamai lagi masa ni. Ngantuk hehe.
Amsyar dan Pororo memang tak dapat dipisahkan.
Excited kemain dia hehe. Tapi kitorang tak masuk pun dekat Pororo ni. Sebab kena bayar extra hahaha. Yang bestnya dekat Everland, dunia Pororo ni ada dan free OK! Nanti Awin cite Awin pergi Korea masa Spring :)
Sibuk nak main game ni. Aweks Korea tu layanla. Nasib muka bangun tido tu macam ala-ala Korea sikit hehehe.
Rajin Nunna ni layan Amsyar hehehe
Sekitar dalam Lotte World.
Cikin dengan Ayin tengah beratur nak ride kapal tu hehe
Round-round tengok sekitar sambil check apa yang boleh main hehe.
Almaklumlah, ada certain2 game je boleh main untuk umur Amsyar masa ni.
Ramai jugak rombongan kanak-kanak datang kat sini.
Curlasss kau jah! Rombongan kecik-kecik dah pergi theme park!
Mummy & Amsyar ^_^
One happy family ^_^
Masa ni tengah Q nak main game.
Wahhh seronoknyaa hehehe. Like a boss! Hmm~~~
Kuda pun kuda la. Layan kan anak punya pasal. Ni macam dekat Genting tu lah hehehe.
Mummy je yang lebih2. Amsyar relax je hahaha.
Rombongan lagi. Ramai betul, walaupun bukan cuti sekolah.
Jalan-jalan lagi dalam ni. Besarrrr kan? Indoor terbesar di dunia kan.
Bumper car. Mummy jugakla kena teman main. Tak aci tau daddy ni. Mummy ni dah la SLIM masuk sekali dengan Amsyar hahahaa
Amsyar suka lah main benda ni. Mummy dalam hati cepatlah habis. Malu kekeke
Main lagi. Game yang sesuai untuk Amsyar memang benda-benda macam ni la.
OK. Walaupun name dia indoor theme park, Lotte World ni jugak ada outdoor.
Tapi tak banyak sangat la. Ada la fews games untuk kanak-kanak dan fews rides untuk orang dewasa macam roller coaster tu.
Kesilapan masa ni, kitorang pergi simpan glove and mafla dalam locker. Huaaa.
Sejuk oiii kat luar niiih. Mana nak tau ada outdoor.
Suka view dekat sini! Macam dekat Disneyland.
Ceh. Macam pernah sampai Disneyland kahkahkah.
Belanja satu picture Amsyar posing dengan mummy ^_^
Daddy & Amsyar. Cantikkan dekat sini? Suke gilerr! :)
Muka senyum tapi dalam hati gigill menahan sejuk!
Masuk sini memang melayan mainan Amsyar je lah. Dua kali round ok naik benda ni.
Malu dengan mamat Korea yang jaga mainan ni haha.
Tasik dekat tepi Lotte World. Bekuuuu grrr~~~
Bajet-bajet naik air ballon la. Amsyar.naik ni je terus tido
View dari atas air ballon. Besar jugak Lotte World ni.
Ingat lagi awal-awal episod Running Man ada shoot dekat sini.
Owh, dekat floor bawah tu ada ice skating. Tapi kitorang tak main pun.
OK dah puas main, then kitorang berjanji jumpa balik dengan Cikin dan Ayin lebih kurang pukul 330 petang macam tu. Masa ni perut pun dah lapar, so kitorang decide makan dulu baru solat.
Mengikut ramai yang pergi ke sini, Lotteria boleh makan. Lotteria ni macam ala2 McD la.
Bukan Lotteria je, semua restaurant yang Awin pergi dekat Korea ni, refer daripada student atau backpackers yang pernah datang ke Korea.
Banyak cawangan Lotteria dekat Korea ni. Pastikan order Shrimp atau Squid burger sahaja. Satu set murah je, 5000won. Dapat lah burger, air dan fries.
Lotterria ni terletak dekat pintu masuk Lotte World tau.
Ha ni lah Lotteria. Gambar ihsan dari Google.
Lepas makan, patutnya kitorang nak solat dekat nursing room dalam Lotte World. Disebabkan terlampau lapar tadi, kitorang terlupa yang kitorang dah keluar dari Lotte World.
Dah keluar, tak boleh masuk balik huaaaaa. So kitorang terpaksa cari ruang yang boleh solat dekat Lotte Mall. Cari punya cari tapi tak de ruang pun.
Last-last kitorang solat dekat dalam office security punya bos ok!
Siap dorang iring kitorang lagi! Ya allah. Bagus gila dorang ni. Touching kejap hahaha.
Settle makan dan solat, dalam pukul 5 petang kitorang bergerak ke Myeongdong. Semalam tak puas sebab kejap je kan. Harini repeat lagi hehehe.
Misi mencari CD/Poster Big Bang! Kiriman dari opismate Iffah hehe. Super duper murahhh!
OK. Sampai di sini sahaja. Malam ni nak tido awal. Sebab esok awal pagi lagi kena bangun.
Sebab nak ke Jeju Island, yayyyy!
Pengalaman dekat Jeju Island memang best tau!
Tunggu next entry ok? Thanks sudi baca. Tataa ^_^
No comments:
Post a Comment