Pages

Saturday 6 January 2018

Travel Log Krabi - Hatyai December 2017 - Part 1

Hai ^_^

2017 dah melabuhkan tirai, kejap je dah masuk tahun 2018.
Tapi harini Awin nak share travel log masa bercuti dengan family ke Krabi & Hatyai December 2017 haritu.

Masa awal November 2017, Awin memang ada planning dengan husband nak pergi short vacation lepas project system CMS dah go live on Mid October 2017.
Awal2 planning nak pergi Koh Lipe & Hatyai. Tapi masa buat itinerary macam banyak habis masa atas jalan dan feri. Takut anak2 & mama ayah Awin boring pulak.

So kitaorang changed plan to Krabi!
Memang bukan dalam bucket list kitorang masa tu pun hehe.

So pada Khamis, 7 December 2017 kitorang fly ke Krabiiiiiii yayyy!
Flight kitorang pukul 710am.
Kitorang ke KLIA2 naik bus dari KL Sentral.


Perjalanan ke Krabi hanya ambil masa 1 Jam 15 minit je.
Makan Nasi Lemak Pak Naseer, tido2 ayam, dah sampai hehehe.


Landed je dekat aiport Krabi, settle imigresen semua, 1st thing terus carik simcard.
Benda paling penting. Senang live update HAHAHA.
Kebetulan masa tu simcard Dtac ada promo, hanya 100 BAHT.
100 BAHT lebih kurang RM12. 4G, data unlimited. Murah kan? Sangat berbaloi.
Atas laut pun upload gambar lajunyeee.

Simcard settle, terus cari transport ke Aonang. Mula2 ingat nak naik bus, tapi agent yang ada mini van ni approcah, terus deal!
Kalau naik bas 150 BAHT, kalau naik mini van 600 BAHT. 
Mini van dia besar tau, macam gambar bawah ni. Aircond dan selesa lagi.
Perjalanan ke Aonang lebih kurang 30 minit.

Image result for minivan from airport to ao nang
Credit picture: https://amazinglanta.com/

Tadaa ni lah hotel yang kitorang stay dekat Krabi, Goodwill Hotel.
Reason kitorang pilih hotel ni sebab berdekatan masjid, sangat senang nak carik makanan halal.
Malaysian memamng ramailah stay sini


Bilik hotel ni pun luas, selesa dan bersih tau.
Deko gajah tu sebijik dalam Agoda hahaha.
Time sampai ni Abang Amsyar tengah tido, bertolak pagi kan. Memang mengantukla.


Lepas check in je, husband, anak-anak, mama & ayah Awin tunggu depan hotel ni.
Bagus dorang ada buat tempat duduk kayu ni untuk rehat2. 
Boleh jugak beli street food then makan dekat sini.


Sementara Awin carik pakej Island Hoping dan Elephant Trekking dorang lepakla dekat sini hehe.
OK, so settle bab check in hotel.
Normally kalau baca dekat blog2, lepas check in dorang akan carik pakej2.
Ada jugak Awin baca, yang stay dekat Goodwill Hotel ni, terus ambil pakej dekat sini.
Sebab MURAH.

Ini yang Awin purchase dengan Goodwill Hotel:
  • Island hopping 4 islands long tail boat: 300 BAHT per pax (Budget Awin 400 BAHT) 400 BAHT for National Fee will pay later dekat boat
  • Elephant trekking: 400 BAHT per pax (Budget Awin 500 BAHT)
  • Van to Hatyai: 300 BAHT (Budget Awin 350 BAHT)
Semuanya under budget, memang syokla!
So bila Awin check semua under budget, Awin tak de la jalan2 survey pakej dekat area Aonang.


Sebelum start aktiviti petang tu, kitorang brunch dulu.
Bawah hotel ni ada pakcik ni jual Nasi Beriani dengan pulut ayam. Rasanya pakcik ni makin femes kot.
Merata gambar dia! Hahahaa.


Ini menu pakcik ni jual.
1st and 2nd day kitorang memang beli sarapan dekat dia je.
Murah dan sedap. Itu yang penting! :)


Lepas makan dan solat, kitorang terus tunggu van yang akan pickup kitorang ke Elephant Trekking.
Pakej ada banyak. Mostly yang ambil Elephant Trekking ni mesti pergi sekali dengan Emerald Pool dan Hot Spring.
Masa nak buat itinerary tu baca dekat blog2 yang lain, Emerald Pool ni jauh. 
Dah sampai pun kena menapak ke dalam lagi, so Awin dengan husband decide kitorang hanya pergi Elephant Trekking sahaja sebab ada bawak anak2 dan mama ayah.
Maybe next time kita pergi Emerald Pool tu :)

Ha dah sampai dekat Elephant Trekking ni. Elephant Trekking ni ada banyak tempat, pakej kitorang ni dekat Safari.
Mama, ayah dan Abang Amsyar naik satu gajah.


Awin, husband dan Anaqi naik satu gajah hehehe.


Lama jugak tau naik gajah ni. Sejam ada kot.


Perasaan naik gajah? Scary pun ada. Sebab gajah yang kitorang naik tu, asyik berhenti je.
Scary pun ada hahaha.


Tapi kan balik dari Krabi, ada kawan bagitau kita tak boleh naik gajah sebenarnya.
Sebab gajah2 ni di train untuk bawak manusia. huhu.
Tak berani pulak bukak video cara dorang trained gajah. Huhuhu.


Habis je Elephant Trekking, dorang terus hantar kitorang balik hotel.
Sebenarnye Awin tunggu jugak gajah ni masuk air hahaa.
Tapi dia just masuk lopak air je? Apakes? Haahaha.

Lepas sampai hotel, rehat2 kejap then kitorang plan nak sewa motor.
Sewa motor dekat sini sangat murah tau!
Sewa untuk satu hari 200 BAHT. Kalau korang nak sewa setengah hari je pun, harga tetap sama.
Kitorang sewa untuk dua hari so total 800 BAHT untuk dua hari dan dua motor.


Dekat sini Awin slumber je naik satu motor ramai2 dan ada je tak pakai helmet.
Gigih naik motor berempat tau hahaha.
Semua nak naik motor dengan mummy & daddy. HEHEHE.



Sedangkan motor Atok dengan Wan kosong kot.
Fuhhh bergaya Atok dengan Wan pusing2 naik scooter.
Macam pergi honeymoon kekeke.

Oh, lupa nak share. Masa korang sewa motor tu, memang dia akan mintak passport korang untuk dorang simpan. Satu lagi, biasanya masa korang dapat motor tu, minyak memang keringla.
So dekat hotel kitorang tu ada je tempat isi minyak.
Minimum untuk isi adalah 50 BAHT.
50 BAHT tu cukup je round2 Krabi tu.



Malam tu kitorang makan dekat Restaurant Bangboo.
Restaurant ni betul2 depan Goodwill Hotel. Hanya cross jalan sahaja.

Image result for restoran bangboo krabi
Credit picture: http://annuranna.blogspot.my/2017/04/bercuti-di-krabi.html

Gambar makanan ada ni je HAHAHA.
Kitorang order kerang bakar, ikan siakap masak stim limau, tomyam, udang goreng tepung dengan som tam.
Frankly cakap harga dekat restaurant ni too pricy. Pricy kalau sedap takpe tau tapi tomyam dekat sini kureng.
Review orang lain cakap sedap tapi mungkin terlampau ramai orang malam tu, so makanan tu rasa takdela sedap sangat.
Kitorang tunggu almost 1 jam setengah kot huhu.


Setel makan, kitorang pi la jalan2 area Aonang beach di waktu malam.
Syokkk oi round2 naik motor tanpa memikirkan pasal keje HAHAHA.


OK. Kita sambung Part 2 nanti. Esoknya nak pegi Island Hoping.
Kena tido awal hehehe.

Till then.

No comments:

Post a Comment