Pages

Sunday 14 January 2018

Travel Log Krabi - Hatyai December 2017 - Part 3

Hai ^_^
Sambung lagi cerita jalan2 dekat Krabi, Thailand.
Balik dari Island Hoping, kitorang take a nap dekat hotel.
Boleh baca cerita pasal Island Hoping 4 Islands dekat sini tau ^_^

Kitorang relax, bersihkan badan then kitorang decide nak pergi tengok sunset dekat Heaven 7.
Heaven 7 ni terletak di kawasan berbukit sikit, so kitorang dengan harapan nak tengok sunset la.
Kitorang pergi naik motor yang kitorang sewa dari hari pertama.
Jarak dari Goodwill Hotel ke Heaven 7 lebih kurang 15 minit sahaja.
Jalan2 dekat Krabi tak susah pun, tambah pulak semuanya pakai Google Maps je.

Tapiiii kitorang sampai pun dah lambat, lebih kurang pukul 6petang. Heaven 7 ni tutup pukul 7petang hahaha. Matahari pun dah terbenam kahkahkah.

So marilah layan gambar yang sempat snap dekat Heaven 7.

Posing lagi

Ni yang konon acah2 nak tengok Sunset. 
Matahari masa ni memang dah fully terbenam kekeke.

Tempat macam ni Amsyar & Anaqi memang suka la. hehehe.

Ada banyak benda2 macamni.

Daddy penat melayan dua ketoi ni Hahaha.

Memang semua la dorang nak main.

Kasi satu pose sini Ma ngeee~

Peaceee ^_^

Actually kalau korang pergi Heaven 7 waktu siang memang berbaloi tau.
Dia ada mini water park dalam ni. Untuk anak2 memang sesuai la.
Since kitorang sampai pun dah lewat, jalan2 tangkap gambar je la dalam tu.

Entrance fee pun tak mahal.
Adult: 100 BAHT
Child: 50 BAHT


View waktu siang. Ada mini water park. Anak2 sure syok!
Credit picture: http://tomyamthailand.com/2016/01/03/heaven-7-park-krabi/

Settle di Heaven 7, kitorang terus bergerak ke Krabi Night Market.
Masa ni anak2 cranky sikit. Maybe balik dari island hoping tak tido lame sangat, penat lagi kan. Amsyar sibuk nak mainan haha and Anaqi biasala tengah2 ramai dan padat dekat Pasar Malam tu dia nak lepas taknak pegang atau dukung langsung.
So jangan mengharapla ada picture dekat Krabi Night Market hehehe.

Untuk Awin, Krabi Night Market ni sesuai beli souvenir, murahla berbanding harga dekat Aonang. 
Dekat sini kitorang beli fridge magnet & tshirt I Love Krabi. Kain berkualiti dan harga pun murah. 100 BAHT je.

Dari Aonang ke Krabi Night Market agak jauh jugak. Dalam 20 minit.
Pergi rasa macam lama. Balik rasa kejap je dah sampaiii? (standard kan? Hahaha)

Bawah ni pulak antara checklist kena makan dekat Krabi.
Makan dan minum dekat sini memang heaven kottttt!


Cha Yen ~ Pancake ~ Pulut Mangga ~ Padthai ~ Coconut Ice cream
Ini je sempat snap. Yang lain2 semua masuk perut baru ingat nak snap hahaha.
Jangan lupa makan kerabu dorang jgk. Tak kisahlah kerabu apa, sedap sangattt.
Air juice pulak memang fresh sangat!

Last but not least, sebelum tido laki bini pi urut sat. Hahaha.
Kitorang amik Thai Massage je. Untuk 1 jam 200 BAHT. Murahla hehe.
Dekat sepanjang jalan Aonang ni memang berlambak tempat massage. Pilih je mana nak hehe.

OK. Harini malam terakhir di Krabi. Memang akan rindu Krabi disebabkan short trip, 2 malam shaja.
Esok kita ke Hatyai pulak.
Jumpa lagi next entry ^_^

No comments:

Post a Comment