Pages

Saturday 29 June 2019

Travel Log Maldives 2019 - Part 1 Maafushi Island

Assalamulaikum semua 💓

Post ni adalah post yang kawan2 Awin ramai tungguu hahaha. 
Maaf la lambat betul entry ni nak siap. Kebizian, kemalasan semua ada😆

Ramai Pm tepi kiri kanan, whatsapps tanya berapa kos masa Awin pergi Maldives ni.
Disebabkan kekangan masa, Awin share summary je dekat FB Awin sebelum ni.
Post kalini Awin akan share details sikit expenses dekat Maldives, experience dengan gambar2 kat sana hehe.
So stay tune😘

Awin beli ticket flight awal. Lebih kurang 10 bulan sebelum pergi. 
Masa beli memang ada promo. Masa tu memang plan nak beli ticket utk celebrate anniversary yg ke 7thn, tapi kononnya nak pergi Bali. 
Tapi tengok pulak pergi Maldives ada promo apa lagi tukar plan la 😍
Tarikh promo dapat sorang RM400 + return, tapi sebab kitorang nak tarikh anniversary dekat sana so sorang dalam RM600.
And masa korang beli ticket tu tengok la timing. 
Dulu Air Asia hanya ada route malam dari KL-Maldives, now dah ada pagi. 
Kalau pilih yang malam, malam sampai2 tu biasanya orang akan tido dekat hotel area airport. Dah rugi satu malam la kan? 
Nasib masa Awin beli ticket tu ada ticket pagi. So memang syooklaa. Pagi2 dah sampai bumi Maldives hehe.

And buat pengetahuan korang, perjalananan dari KL-Maldives ambil masa lebih kurang 4jam 15minit.
Ada perbezaan waktu Maldives dan Malaysia adalah 3 jam. Maldives 3 jam lewat  dari waktu kita.

Bila dah beli ticket, apa lagi hari2 sebelum tido google study pasal Maldvies. Hahaha 😂
Mula2 tu ingat Maldives ni negara India, rupanya Maldives tu sendiri adalah sebuah negara. hehee. Negara Islam lagi.
Masa Awin kat sana, ada sorang tourist ni tanya dekat boatman, bahasa dorang cakap tu Hindi ke? 
Dia cakap lebih kurang. Bahasa dorang tu lebih kurang campuran bahasa Hindi dan Arab.
Wah, terus kagum hehehe.

And medium of communication dekat Maldives ni adalah English. Mostly dorang pandai cakap English so jangan risau ok. Mudah nak communicate😘
Owh satu lagi, plug charger sama macam Malaysia. Selalu kena bawak international adapter kan?
So Maldives tak payah, sama je macam Malaysia hehee.

Day 1 - 28 February 2019


Anniversary trip. Tq family tolong jagakan Abang Amsyar & Anaqi💓

Flight kitorang pagi. Macam biasa memang naik Air Asia. Hanya Air Asia yang ada flight direct to Maldives.
Kitorang sampai Maldives pukul 10pagi local time.
Sampai2 macam biasa benda yang paling penting, carik Simcard. Sapa macam Awin kita geng 😆

Korang keluar je dari airport, kedai jual simcard sebelah kanan korang.
Awin beli simcard Dhiraagu 15GB USD20 valid 7 days. Awin share je dengan husband.
Dah beli simcard, kitorang tukar duit some USD to Rufiyaa. 
Kalau tadi kedai simcard sebelah kanan keluar dari airport, money changer sebelah kiri korang.

Currency rufiyaa ni hanya ada dekat Maldives sahaja. Kitorang tukar lebih kurang USD30-50 je untuk beli barang2 runcit je (air, jajan2, ice cream etc).
So maksudnya kitorang guna 2 jenis currency sepanjang duduk dekat Maldives ni, USD dan Rufiyaa.
Kalau korang ada balance Rufiyaa utk ditukar balik, make sure simpan resit money changer tu ok.

Settle simcard dan tukar duit, kitorang cari agent yang kitorang deal boat transfer dari airport ke Maafushi.
Yang ni Awin deal dengan hotel sebelum sampai sini, dapat USD20 per pax. 

Kalau biasa orang purchase dengan iCOMS tours dapat USD25. Ha USD5 pun dapat jimat ok hahaha.

Speed boat ambil masa perjalanan 30-40 minutes.
Kalau nak jimat boleh je naik public ferry kos USD2 sahaja perjalanan lebih kurang 90 minutes dan kena check ferry schedule. Sebabnya public ferry hanya 1-2x sahaja dan tak operating on Friday.
So kesimpulannya, kalau ada bajet lebih dan nak jimat masa boleh amik speedboat. 
Kalau nak jimat and korang ada masa banyak boleh amik public ferry.

 View dari atas flight. Ada beribu pulau dekat Maldives ni😍

Airport pun atas laut uols😃

Sampai sudah. Keluar2 dari airport terus terujaaaa

Apa lagi posing dulu😛

 Series terpaku, terpesona, terkagum semua ada. Warna air dekat airport pun dh biru kehijauannn😍

Speedboat dah sampai. Selesa👍

Bandar Male, Maldives. Kitorang tak explore pun.  Kitorang terus ke pulau.

Lebih kurang 1230pm, kitorang selamat sampai di Maafushi Island, salah satu daripada beribu2 pulau di Maldives yayyy😍

Maafushi Island adalah public island. Ada sekolah, ada bank, ada banyak hotel etc. 
nama je public island tapi seronok stay sini😍

Ni lah hotel yang kitorang duduk sepanjang 4hari 3malam di Maafushi, Narnia Maldives😍

Hotel ni tak mahal sangat dan bukan depan2 pantai. Tapi pantai tak jauh pun, dalam 50-100 meter je dari hotel ni.

Bawah ni gambar2 sekitar dalam Narnia hotel ni. Pic credit to Agoda.
Apa yang dalam gambar, memang sebijik dalam realiti.
Hospitality Narnia memang terbaik👍👍 👍






Settle check in hotel, badan dah penat, perut pun dah lapar. So kitorang order je Nasi Goreng Biasa dengan Nasi Goreng Daging dekat Narnia ni. Sedapppp, portion banyak tapi biasalah mahal hahaha. 2 pinggan ni USD20😟 

Lepas makan, kitorang jalan sekitar pulau, sambil amik angin, sambil nak survey excursion package untuk esok.

Ambil angin😍

Belakang kitorang tu nama dia Bikini Beach. Pemandangan yang spoiled tu hotel baru tengah dalam pembinaan hahaha😆

 Ada banyak excursion package, pilih aja. Tapi antara yang paling famous iCom Tours ni.


iCom Tours ni consider antara company yang besar provide excursion package. Siap ada office sendiri yang besar

And ada jugak hotel2 provide excursion package ni. NI under Crystal Sands


And pilihan kitorang adalah dari Shadow Palm. Awin dah google siap2, selain dari iCom Tours, mostly amik dekat Shadow Palm ni

Ni antara package yang ditawarkan. Kitorang amik Halfday Snorkeling. Harga USD25 per pax. 

Settle bab excursion package, layan sunset di Maafushi Island pulak💗

Malam tu kitorang dinner dekat Hiyala Cafe.
Hiyala Cafe ni baru bukak 2 months. Kitorang tau pun masa tengah jalan2 tangkap gambar dekat tepi pantai, pekerja dia promote. 


Kitorang konon2 nak makan light2 je so order Spagethi dan Beef Pizza.

Sekali piza yang datang large piza dan spagethi penuh sepinggan tudiaa haha.

 Besar kan? Memang tak habis. Kitorang tapau pizza bawak balik hotel. Boleh buat breakfast esoknya. hehe.

Tapi pizza ni memang sangat sedap. Pizza ni Awin sampai sekarang dok teringat. Kalau korang stay dekat Maafushi Island, Maldvies jangan lupa try tau!😍

Dah kenyang, apa lagi kita balik tido la. Hehehe.

So summary untuk harini:

Flight Ticket: RM1200 for 2pax
Simcard Dhiraagu 15GB: USD20
Speedboat transfer from airport to Maafushi Island: USD20 per pax
Hotel 3 nights (Narnia, Maafushi Island): RM650
Lunch at Narnia: USD20
Shadow Palm Half day excursion: USD25 per pax
Dinner at Hiyala Cafe: USD21

Kemain semua USD kan. Bila convert memang boleh menangis😂😂😂
OK, jumpa lagi Maldives dalam next entry ok. Thanks korang sudi baca💓

No comments:

Post a Comment