Pages

Saturday 27 July 2019

Travel Log Maldives 2019 - Part 3 Mandi di Bikini Beach, Maafushi Island

Assalamulaikum semua๐Ÿ˜

Ada yang tertunggu tak sambungan entry Maldives ni? (Poyo nya ingat ko Cik Epal? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚)
Btw, ramai lepas baca entry Maldives sebelum ni ramai yang dok tanya2 kos, itinerary, tips2 and ada ramai jugak terus masukkan Maldives next bucket list dorang hehe.

Korang boleh refer entry2 sebelum ni, Awin ada summary kan kos setiap hari.
Trust me, korang tak kan menyesal pilih Maldives. Maldvies definitely worth a visit๐Ÿ˜˜
Ok jom sambung Day 3 in Maafsuhi Island๐Ÿ’“

Day 3 - 2 March 2019

Harini Awin memang tak de plan aktiviti apa2, more to free and easy.
Saja nak lepak2, jalan2 tepi pantai, mandi2 dekat pantai and jalan2 dekat sekitar Maafushi Island๐Ÿ˜ƒ

So pagi2 lepas breakfast dekat hotel (included), kitorang terus siap2 nak mandi yayyy!

Sebelum mandi harusla tangkap gambar dulu haahaha.
Love this picture! Subhanallah air kat Maldives ni. Ciptaan Allah๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“

Dia pun nak jugak๐Ÿ’–

๐Ÿ’˜๐Ÿ’˜๐Ÿ’˜

Ok settle tangkap gambar sikit, jom la mandi. Mandi dekat mana?
Mandi dekat Bikini Beach.
Bikini Beach ni adalah satu-satunya beach yang tourist boleh pakai bikini, dekat beach lain tak boleh, nanti kena denda ok.

Walaupun iols tak pakai bikini, nak jugak mandi dekat sini๐Ÿ˜‚


Dah masuk air, tangkap gambar lagi hahaha.
Untuk kenangan jugak kan๐Ÿ’“







Dekat pantai ni kitorang snorkeling lama jugak, tak dalam pun air, tapi ikan super banyak!




  



Penat dah snorkeling, kitorang terus balik hotel.
Otw balik hotel singgah makan ice cream hehe.

Lambat sangat tunggu orang clear dekat kedai ice cream ni. 
Tangkap je la gambar๐Ÿ˜

Sedap! Lupa berapa dollar ntah. Tapi rasanya dalam USD6

So harini lunch apa di Maldives?
Untuk jimatkan duit, kita masakkk hahaha.

Amacam suasana lunch dekat bilik hotel ngam tak walaupun berjimat๐Ÿ˜‚

Awin memang bawak periuk, tak besar pun kecik je.
Bawak siap2 beras, minyak sikit, paste kari. Sambal ikan bilis tu bwk siap2.

 Kebetulan pergi kedai runcit dekat sini ada jual 450gram ayam pulak, apa lagi masak kari ayam la hahaha.

Lepas perut dah kekenyangan, tido sat then bangun balik nak jalan2 dekat area Maafushi ni nak beli ole2 sikit.
Serius cakap ole2 dekat Maldives memang mahal๐Ÿ˜“

Survey beberapa kedai, then kitorang beli ole2 dekat kedai ni. Banyak je kedai2 dekat sini, antara korang rajin jalan atau tak je

Pilihan yang paling murah adalah key chain. Satu key chain dapatla USD1-2

Fridge magnet (FM) pilihan ramai satu berharga USD3-4. 
Kiranya satu FM lebih kurang RM12-RM16

Kawan2 Awin yang dapat FM tu korang kira bertuah ok๐Ÿ˜๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜€

Settle beli ole2, kitorang jalan area belakang Maafushi Island ni pulak.
Kawasan ni lebih tenang dan mostly orang2 local yang lepak.
And ini pantai yang sama masa kitaorang tengok sunrise.




Layan sunset๐Ÿ’“

Ingat senang nak berduaan macam ni. 
Nampak si Anaqi biasanya akan terus marah and tolak daddy lepastu siap cakap mummy adik punya๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Malam ni malam terakhir dekat Maafushi Island.
Planning konon2 nak candle light dinner. Tapi bila survey harga dalam USD120 per couple hahaha. Memang tak la RM400+ tu. Hahaha ๐Ÿ˜‚
Dengan USD120 dorang akan deko tepi candle light dinner korang tepi pantai, then siap makan lobster apa bagai.

Tapi kitorang takde lah nak spends duit samapi RM400+ untuk dinner aje.
Last2 kitorang decide makan dekat Nika Restaurant.



Makan tepi pantai, ada candle lagi.
Ok la kan, ala2 candle light dinner jugak hahaha.

Sekali lagi kitorang order pizza sebabnya piza dekat Maldives ni sangatla sedap๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
Teringat2 sampai sekarang๐Ÿ˜” Piza & Nasi goreng USD21.

Malam tu dah kenyang, kitorang terus balik hotel. 
Kitorang kemas2 barang, esok kitorang akan naik public ferry.
Public ferry ni dari Maafushi to airport ada 1x je iaitu pagi.
So kul 7 pagi dah kena check out.

So summary untuk harini:

Kedai runcit: USD10 (ayam mentah, biskut, air)
Ice cream: USD6
Ole2: USD75
Dinner at Nika Restaurant: USD21

Ok, ini saja untuk harini.

Next entry adalah kemuncak percutian di Maldives ni iaitu Awin akan ke salah satu private dekat Maldives ni. Nanti Awin sambung ok.
Jumpa lagi korang๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“

No comments:

Post a Comment