Pages

Sunday 8 March 2015

Travel Log Korea 2015 - Day 1 (Beewon Guesthouse dan Ikan Bakar Sedap Dongdaemun)

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua:)
Baru ada masa terluang untuk siapkan entry Korea ni huhu.
Lama dah terperap dekat draft tak sambung2. Maaf la yee.
Almaklumlah, GST tak lama lagi dah. 
Apaka kena mengena dgn GST?
System development tak settle2 lagi oii. * nangis laju2!

OK. Lupakan tentang keje yang berlambak tu, jom sambung travel log bercuti di Korea haritu:)
Utk 1st entry tentang Korea, blh refer sini ok kawan2?

Gambar2 dekat airport memangla takde ye sebab sampai dekat KLIA2 around 530 pagi. Hehehe.
Kitorang berempat bertolak dari KLIA2 menaiki Air Asia X pada pukul 8 pagi.
Kawan Cikin, Ayin dah bertolak dengan MAS dan kitorang akan jumpa di Guesthouse (GH) nanti.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam dan akhirnya kiorang landed di Incheon International Airport pada pukul 330 petang waktu Korea.
Samapai2 Korea jangan lupa set kan jam korang 1 jam dari waktu Malaysia ok?
Perbezaan masa dengan Malaysia hanya 1 jam je:)

Sampai2 airport, semua orang kena naik train ke tempat bagasi. Canggih kan?
Process imigresen tak ambil masa yang lama.

Haaa.. ni picture pertama sampai dekat Korea. Hihihi.

Settle bab imigresen dan beg, terus cari 7-Eleven. 7-Eleven dekat belah kiri korang tau lepas keluar claim beg.
Kenapa cari 7-Eleven? Sebab nak cari T-Money.
T-Money ni macam Touch n Go kita. Sangat2 berguna tau! Boleh digunakan untuk tambang bas, subway, shopping dekat marts dekat Korea pun boleh. Hehehe. Boleh shopping Susu Pisang yg sedap tuu.

T-Money ni berharga 2,500KRW dan total kitorang topup adalah 60,000KRW.
60,000KRW ni cukup untuk 8 hari perjalanan kitorang dekat Korea:)
Andai kata T-Money korang ada balance banyak, boleh refund dekat machine dekat dalam subway station. 
Iols punya tinggal 1,000KRW aje hihihi.
Simpan bawak balik buat kenangan je. Kot nak gi Korea lagi nanti, takyah beli dah. Eh???? Heehehe.

Dah settle bab T-Money, kitorang terus ambil Bus Limousine ke GH.
Awin lupa nak snap area yang perlu naik Bus Limousine ni.
Tapi jangan risau, senang je.
Dekat luar airport, ada tempat2 tunggu bas ni.
Ambil bas no 6011 untuk ke Beewon GH. Tambang bas 10,000KRW.
Kalau ikutkan naik subway lagi jimat.
Tapi memikirkan kitorang bawak anak, dengan beg2 lagi, agak leceh nak naik subway yang perlu transfer line.

Naik Bus Limousine ni behenti betul2 depan Changdeokgung Palace, lebih kurang 5 minit jalan kaki ke GH kitorg:)

Korang boleh refer map ni. Tak jauh pun dari palace tu ke GH:)

Ni lah rumah GH kitorang. Kitorang stay 7 malam dekat sini. 

Ni double room yan kitorg stay. Setiap bilik dilengkapi TV, Peti Ais kecik, towel, shampoo dan sabun. Standard setiap GH, ada kitchen utk masak, microwave, rice cooker dan simple breakfsat.
Picture ihsan dari website Beewon Guesthouse hehe. Boleh dapatkan maklumat lanjut dekat sini.

Lepas dah check in dan solat, dalam pukul 7 kitorang keluar.
Subway station yang paling dekat dgn GH adalah station Jongno-3.
Jalan kaki lebih kurang 10 minit.

Aktiviti pertama berada di Korea adalah MAKANNNN. Hehehe.
Ikan bakar dekat Dongdaemun ni memang sgt famous la dengan orang Malaysia hehe.
Direction senang je. Awin follow direction dari blog Skampung, so memang tak susah cari.
Behenti di Dongdaemun station, keluar exit 7, cross jalan dah nampak JW Marriott. Dari situ dah tak jauh sgt. Lebih kurang 10 minit jalan kaki.
Nak pegi kedai ni kena lalu lorong kecik sikit. 


Tadaaa. Ni lah kedai ikan bakar yang femes tu. Kedai yang kanan ok.

Nyummy nyummy. Ikan bakar satu set 7,000KWN. Makan dekat Korea ni, dorang akan bagi side dish. Ada sup, kimchi yang super duper sedapppp dan 2 jenis sayur. Salah satu sayur tu, taugeh. Awin tak tau kenapa. Selama ni tak makan taugeh, dekat Korea ni taugeh di sedap yang amattt hahahaaha. Taugeh di crunchy2 gitewwww. 



Selfie dulu sebelum makan hehehe

Amsyar pun suka tau!

Tengok tu dah licinssss. hehehe . Kitorang siap order extra kimchi n sayur lagi. 
Lazaatttt! Nyum nyum. Free je pun. Dia tak charge:)

Kalau korang pegi Korea, jangan lupa masukkan ikan bakar Dongdaemun ni sebagai tempat wajib pergi tau!
Kitorg siap 2x makan kat sini hehehe.

Lepas dah makan dah kenyang, kitorang balik GH balik.
Musim sejuk ni masa siang pendek, cepat gelap.
Esok nak bangun pagi2 nak berjalan lagi:)

Jumpa lagi!


9 comments:

  1. banyak sgt typo ni puan awin....kikiii jom mkn ikn bakar i masak....nk....korean style

    ReplyDelete
  2. Hahaha. nanti saya betulkan ye En Shahrazmim :)

    ReplyDelete
  3. Packaging yang tepat dibutuhkan untuk menunjang layanan delivery ikan bakar. Kami tawarkan kepada Anda Greenpack : http://www.greenpack.co.id/dus-makanan-murah/

    ReplyDelete
  4. salam..nak tanya..kalu naik bas dari incheon airport ke beewon tu memang dia akan berhenti dihadapan changdeokgung palace atau kita kene beritahu pemandu bas tu berhenti dekat situ..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Mr hunter,
      Bus memang akan behenti area Changdeokgung tu. Masa naik bus boleh bagitau driver bus siap2.
      Atau tips dari saya, sebelum naik bus dekat incheon airport, ada road map bus akan behenti dekat bus stop mana. Saya kira ada berapa bus stop dan turun ikut kiraan tu.
      Dalam bus ade announced bus stop tapi dalam bahasa Korea sahaja. Dan kurang jelas.

      Delete
  5. Hi nak tanya..temperature around bape eh masa ur trip ni? Kena pki baju brape lapis?? Sejuk aircond ke camne? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zuzu, kena pakai Winter coat. Sejuk yg amat hehehe.
      Mula2 sampai je paling sejuk -7C. Tu memang sgt2 sejuk la.
      Then lepas2 tu 2C. Nyaman2 tapi still sejuk

      Delete
  6. Eh jap..masa trip ni akak pergi brape hari bulan? Bulan march ke?

    ReplyDelete