Pages

Wednesday 25 September 2019

Tips Memandu di Jeju Island, Korea

Assalamualaikum semua😊

Since ramai yang tanya pasal driving dekat Jeju haritu, so harini Awin akan share beberapa tips memandu atau drive sendiri kereta sewa di Jeju.

Sebelum Menyewa Kereta

1) Once korang decide nak drive sendiri di Jeju, first thing yang perlu korang lakukan adalah buat International Driving License (IDP).
Untuk memandu di Korea, korang perlukan IDP.

Mudah je nak buat IDP ni, bawa MyKad, Lesen, 1 keping ukuran passport dan RM150 ke mana-mana cawangan JPJ. IDP ni valid setahun.
Tapi kena pastikan lesen masih valid untuk tempoh 1 tahun, kalau kurang boleh renew lesen sekali.

Kalau nak wakilkan ke orang lain pun takde masalah. Macam Awin minta tolong husband Awin renew kan, so bawak je semua yang Awin inform tadi.
10 minit boleh settle. Pantas😉

2) IDP dah ada, boleh start cari kereta sewa di Internet. Ada banyak company sewa kereta di Jeju antaranya Lotte Rent Car, AJ Rent Car, Axis dan banyak lagi.

Korang boleh compare harga dekat website dorang dan pilih yang terbaik.
Ada sesetengah website, kena register dan login as member baru nampak harga discount.
Nak dapat lebih discount lagi dapatkan voucher code dari KTO.

Tips semasa pilih kereta, pastikan korang ambil full coverage insurance in case berlaku accident.
At least insurance cover kalau ada apa2 berlaku.

Dan pastikan korang ambil GPS sekali. GPS ni free je.
Senang korang nak bergerak ke mana-mana dan jangan risau GPS ni ada bahasa English dan mostly accurate👍

Macam Awin sebelum ni pernah sewa kereta Kia Morning & Peugeot Spark.
Sewa untuk sehari dalam RM100 lebih je.

Dah pilih kereta, sebelum confirm kan booking tu, korang kena make sure method payment kereta sewa tersebut.
Macam kitorang haritu booking dekat Lotte Rent, hanya credit card sahaja yang diterima untuk payment.
Once dah confirm, jangan lupa print booking form tu ok😉

Semasa Mengambil Kereta Sewa

3) Hari yang ditunggu telah tiba, lepas korang dah keluar dari Jeju International Airport, mostly semua kereta sewa akan minta ke kaunter di Gate 2 (refer information ni dari kereta sewa korang), dorang akan inform perlu naik shuttle bas.
Free je shuttle bas ni dan jarak dari airport sangat dekat, dalam 10 minit perjalanan je.

4) Once dah sampai di tempat rental car, settlekan payment dan semasa ambil kereta sila check kereta anda pastikan dalam keadaan ok.

Dorang cakap kalau amik full coverage tak perlu check pun tapi bagi Awin sekadar untuk kepuasan hati kita. At least kita tau condition kereta tu masa kita terima kan ok atau tak ok😊

Then masa amik kereta tu boleh lah tanya macam mana nak guna GPS atau function2 yang lain yang tidak familiar.

5) Tips mudah untuk drive di Jeju menggunakan GPS ke destinasi, masukkan phone number selain address.
GPS boleh detect lokasi destinasi hanya dengan masukkan phone number sahaja👍

6) Drive di Korea berbeza dengan Malaysia, jangan lupa di Korea adalah left handed driving hehe. Mula2 mungkin akan kekok tapi Insya Allah lama2 ok. Yang penting fokus hehehe.
Tips dia sentiasalah duduk lane kanan kalau tak nak memotong hehehe😁

7) Drive di Jeju especially di kawasan bandar sangat banyak speed camera. Dan normally speed limit hanya 40-70 km/j.
Kena banyak bersabo sebab tak boleh bawak laju hehe.

GPS akan bagi alert beberapa ratus meter sebelum area speed camera.
So korang slow down dekat area tu.
Jangan berani2 nak langgar tau, nanya kena saman nanti.

Ketika Memulangkan Kereta Sewa

8) Sebelum pulangkan kereta, sila pastikan korang isi balik minyak penuh seperti yang korang dapat pada awal2 korang sewa kereta.
Dorang memang akan bagi kereta sewa dalam keadaan minyak penuh.

Ada banyak stesen minyak di Jeju, cuma semasa nak isi minyak sila pastikan gas atau diesel bergantung kepada jenis kenderaan korang.

9) Kemas sikit kereta tu dan boleh pulangkan di tempat korang sewa kereta.
Macam Awin sewa dengan Lotte Rent Car, just masuk parking area pulangkan kereta dan terus balik.
Dorang takde check pun condition kereta tu, mungkin sebab amik full coverage kot😇

Dah pulang kereta, korang boleh naik balik free shuttle bas tadi untuk ke airport.

Kalau sewa kereta dengan Lotte Rent Car, keluar dari airport, kena ke sini

Kena tunggu dan ambil shuttle bus di sini

Suasana dalam Lotte Rent Car. Mudah dan cepat urusan dekat sini

Kereta sewa kitorang sepanjang 4 hari di Jeju

Sekitar di Jeju City




Ok, itu sahaja tips memandu kereta di Jeju daripada Awin.
Bagi Awin sangat berbaloi drive sendiri Jeju sebab Jeju ni banyak tempat menarik dan more to nature.
Asal jumpa tempat cantik, terus behenti kereta dan tangkap gambar. Hehe😂

Sekian, semoga mendapat mafaat daripada tips ni😘
Yang nak baca experience Awin jalan2 di Jeju boleh klik sini ok💗

No comments:

Post a Comment