Pages

Thursday, 25 January 2018

Travel Log Krabi - Hatyai December 2017 - Part 4 (Final)

Assalamualaikum kawan2 ^_^

Ini adalah last entry pasal jalan2 di Krabi & Hatyai December 2017 haritu.
Yang terlepas baca entry yang lepas boleh refer sini OK?

Travel Log Krabi - Hatyai December 2017 - Part 1
Travel Log Krabi - Hatyai December 2017 - Part 2
Travel Log Krabi - Hatyai December 2017 - Part 3

OK jom sambung.
Pagi2 hari ketiga di bumi Thailand, kitorang tunggu van pick up kitorang depan hotel untuk teruskan percutian ke Hatyai.
Hatyai ni ada dalam itinerary sebab saja nak bawak Mama & Ayah naik train ETS tu hehehe.

Perjalanan dari Hatyai ke Krabi ambil masa lebih kurang 5 jam. Van dia sama macam kitorang naik dari aiport Krabi ke Aonang. Besar dan selesa.
Sampai je Hatyai lebih kurang tengahari. Kitorang terus suruh driver tu hantar ke hotel.

Dekat Hatyai kitorang stay dekat Singapore Hotel. Option duduk dkt hotel ni memang tu je choice yang ada hahaa. 
Sebabnya plan pergi Krabi - Hatyai ni very last minute. Bulan 12 nk pegi, bulan 11 baru beli ticket flight and hotel semua. 
Hotel dekat Krabi takde masalah banyak je. 
Hotel dkt Hatyai memang banyakla dah habis sebabnya carik hotel yang dekat dengan Lee Garden Plaza.

Image result for singapore hotel hatyai
Singapore Hotel. Jarak ke Lee Garden Plaza dalam 350 meter




Mostly orang Malaysia akan duduk area sini la sebab ade fews kedai makan yang halal. 
So, bila google2 yang paling dekat dan available adalah Singapore Hotel ni.
Jarak tu ok je. Tapi hotel ni bagi Awin so so je. Untuk buat tido ok la je hahaa. So korang carikla hotel lain ok?

Tengahari tu kitorang lunch dekat sini. 
Pic credit to Trip Advisor.



Lepas lunch dekat Decha Fried Chicken Restaurant, kitorang terus tahan tuktuk untuk ke Floating Market. Masa on the way tu cuaca memang dah mendung dh, tapi sampai je area market tu, hujan lebat pulak. Huhuhu.




And tengok memang dorang tak berniaga atas sampan dekat sungai pun sebab air naik. 
Frust jgk tak rasa fefeeling beli makanan atas sampan tu haha. 
So kitorang just jalan2 tengok barang dalam hujan, beli street food sikit untuk alas perut dan terus balik hotel. 




And malam tu kitorang jalan2 dekat Lee Garden Plaza and night market dekat area situ. 
Dapatla beli kasut and sandal untuk Amsyar n Anaqi. Mama and Ayah pun beli ole2 sikit.

Malam tu pulak kitorang makan dekat Restoran Salma.
Dorang semua order Nasi Lemak Ayam dgn Udang. Iols tak makan sebab takde selera. Penat mungkin haahaa.
Dekat Hatyai semuanya kitorang jalan kaki je. Dari satu tempat ke satu tempat lain dalam 10 minit jalan kaki.

Image result for restoran salma hatyai
Restoran Salma. Ada fews restoran Halal kalau stay di sekitar Lee Garden Plaza
Credit pic: http://scdhaseinphoto.blogspot.my/2016/08/kembara-hatyai-salma-halal-restaurant.html

Esok paginya kitorang decide untuk breakfast dekat Restoran Salma since hotel tak provide breakfast. Kekeke.
Anak-anak belum bangun, so Awin dengan Mama n Ayah pergi breakfast dan beli ticket train dari Hatyai ke Padang Besar.

Macam roti canai segera. Tapi kuah tu sedap! Kari hijau rasanya.

Ayah & Mama posing depan Hatyai Train Station

Kasi chance mummy posing sorang2 la HAHAHA

So after beli ticket train, lepak2 dekat hotel, kemas2 barang then kitorang terus check out.
Sebelum balik, kitorang sempat jalan2 dekat Hatyai Plaza.
Dekat Hatyai Plaza ni memang tak sempat snap la sebab kawasan sini agak sesak.
Mama beli bag dekat sini. Ayah beli tshirt I love Hatyai.
Awin pulak beli pes tomyam dengan kacang2 Thailand yang femes tu.
Macam2 jual dekat sini. Barang-barang dapur, beg, baju, segalanya ada. Sedia duit je hehehe.

Settle bab shopping, kitorang terus naik tuktuk ke Hatyai Train Station.
Satu hari ada dua je train ke Padang Besar. Kitorang ambil train pukul 1petang, so akan sampai dekat Padang Besar pukul 3petang waktu Malaysia.
Masa beli tiket ETS jangan lupa ya? Thailand lewat sejam.

Hatyai station ^_^

Ticket Hatyai - Padang Besar murah je. 70 bath.
Tapi yang tak syoknya  ticket ni hanya boleh beli pada hari kejadian je tau. 
Harini nak balik, pagi tu je kaunter jual ticket. 
Kaunter bukak pukul 8, Awin beli ticket pukul 840pagi ticket berdiri je tinggal hahaha.

So balik tu berdiri. Konon2 nak fefeeling naik train lama tapi musnah harapan. Duduk dekat tangga train je haha. Orang Malaysia memang penuhhh oi. 
Cuti sekolah kan?  Sebab tu penuh, kalau tak ada je seat. Hehee. 

Perjalanan dari Hatyai - Padang Besar tak jauh pun. Dalam 50 minit. Sampai je Padang Besar, kitorang laju2 turun nk ke imigresen.
Nasib la kitorang cepat turun, orang Malaysia super duper ramai kot. 
Setel imigresen, kitorang terus tunggu train ETS. ETS kitorang pukul 5petang.

First time naik ETS. Selesa, sejuk dan harga boleh tahan mahal jugak hahha. 
Dah macam harga naik flight one way kekeke. 
Alhamdulillah pukul 10malam kitorang sampai di KL Sentral. 

So selesai sudah travel log Krabi - Hatyai.

Thanks korang sudi baca.
Nanti Awin share experience short trip ke Ho Chi Minh, Vietnam pulak ^_^

Sunday, 14 January 2018

Travel Log Krabi - Hatyai December 2017 - Part 3

Hai ^_^
Sambung lagi cerita jalan2 dekat Krabi, Thailand.
Balik dari Island Hoping, kitorang take a nap dekat hotel.
Boleh baca cerita pasal Island Hoping 4 Islands dekat sini tau ^_^

Kitorang relax, bersihkan badan then kitorang decide nak pergi tengok sunset dekat Heaven 7.
Heaven 7 ni terletak di kawasan berbukit sikit, so kitorang dengan harapan nak tengok sunset la.
Kitorang pergi naik motor yang kitorang sewa dari hari pertama.
Jarak dari Goodwill Hotel ke Heaven 7 lebih kurang 15 minit sahaja.
Jalan2 dekat Krabi tak susah pun, tambah pulak semuanya pakai Google Maps je.

Tapiiii kitorang sampai pun dah lambat, lebih kurang pukul 6petang. Heaven 7 ni tutup pukul 7petang hahaha. Matahari pun dah terbenam kahkahkah.

So marilah layan gambar yang sempat snap dekat Heaven 7.

Posing lagi

Ni yang konon acah2 nak tengok Sunset. 
Matahari masa ni memang dah fully terbenam kekeke.

Tempat macam ni Amsyar & Anaqi memang suka la. hehehe.

Ada banyak benda2 macamni.

Daddy penat melayan dua ketoi ni Hahaha.

Memang semua la dorang nak main.

Kasi satu pose sini Ma ngeee~

Peaceee ^_^

Actually kalau korang pergi Heaven 7 waktu siang memang berbaloi tau.
Dia ada mini water park dalam ni. Untuk anak2 memang sesuai la.
Since kitorang sampai pun dah lewat, jalan2 tangkap gambar je la dalam tu.

Entrance fee pun tak mahal.
Adult: 100 BAHT
Child: 50 BAHT


View waktu siang. Ada mini water park. Anak2 sure syok!
Credit picture: http://tomyamthailand.com/2016/01/03/heaven-7-park-krabi/

Settle di Heaven 7, kitorang terus bergerak ke Krabi Night Market.
Masa ni anak2 cranky sikit. Maybe balik dari island hoping tak tido lame sangat, penat lagi kan. Amsyar sibuk nak mainan haha and Anaqi biasala tengah2 ramai dan padat dekat Pasar Malam tu dia nak lepas taknak pegang atau dukung langsung.
So jangan mengharapla ada picture dekat Krabi Night Market hehehe.

Untuk Awin, Krabi Night Market ni sesuai beli souvenir, murahla berbanding harga dekat Aonang. 
Dekat sini kitorang beli fridge magnet & tshirt I Love Krabi. Kain berkualiti dan harga pun murah. 100 BAHT je.

Dari Aonang ke Krabi Night Market agak jauh jugak. Dalam 20 minit.
Pergi rasa macam lama. Balik rasa kejap je dah sampaiii? (standard kan? Hahaha)

Bawah ni pulak antara checklist kena makan dekat Krabi.
Makan dan minum dekat sini memang heaven kottttt!


Cha Yen ~ Pancake ~ Pulut Mangga ~ Padthai ~ Coconut Ice cream
Ini je sempat snap. Yang lain2 semua masuk perut baru ingat nak snap hahaha.
Jangan lupa makan kerabu dorang jgk. Tak kisahlah kerabu apa, sedap sangattt.
Air juice pulak memang fresh sangat!

Last but not least, sebelum tido laki bini pi urut sat. Hahaha.
Kitorang amik Thai Massage je. Untuk 1 jam 200 BAHT. Murahla hehe.
Dekat sepanjang jalan Aonang ni memang berlambak tempat massage. Pilih je mana nak hehe.

OK. Harini malam terakhir di Krabi. Memang akan rindu Krabi disebabkan short trip, 2 malam shaja.
Esok kita ke Hatyai pulak.
Jumpa lagi next entry ^_^

Sunday, 7 January 2018

Travel Log Krabi - Hatyai December 2017 - Part 2

OK. Harini hari kedua di Krabi.

Pagi ni kitorang plan nak pegi Island Hoping.
Untuk tau berapa pakej Island Hoping kitorang ni, boleh refer dekat sini ok.

Alhamdulillah, pagini cuaca cerah. Awin sangat risau hari hujan huhu.
Sebab masa kitorang pegi ni, walaupun dah masuk High Season, monsoon masih ada lagi.

So pagi tu kitorang tunggu bawah hotel pukul 815pagi. Van janji untuk pickup antara 815-845pagi.
Kitorang tunggu tak lama, 830pagi van datang pick up kitorang.
Dalam tu memang dah penuh dengan tourist dari hotel lain.

Ok, jom layan gambar2 Island Hoping 4 Islands ^_^

Kitaorang pilih long tail. Best jugak naik long tail ni hehehe

First pit stop adalah Phra Nang Cave Beach. Perjalanan ke sini lebih kurang 20 minit.
Tak terasa lama pun, layan je duduk atas boat tu hehehe.

Phra Nang Cave Beach

Dekat Phra Nang Cave Beach ni tourist guide tu bagi masa 40 minutes macam tu je untuk mandi2 dekat sini. Ada jugak yang cross untuk sampai ke Cave tu. Awin try jalan ke sana, tapi separuh jalan air tinggi lebih bahu. Terus tak jadi HAHAHA.

Mummy & Abang Amsyar ^_^

Atok & Wan posing hehe

Next pit stop. Dekat Chicken Island ni boat behenti untuk ambil gambar & snorkeling. 
Masa snorkeling anak2 tak turun sebab laut berombak sikit dan dalam kan.

Masa snorkeling tu memang nampak ikan2 tapi Awin frust sikit la.
Cantik lagi snorkeling masa honeymoon dekat Mabul Island & Kapalai Island hehehe.
Oh rindu Mabullllll. Bila nak repeat ni.

Next pit stop: Koh Tub and Koh Mor Island

Awin paling suka dekat island ni!
Subhanallah cantik sangat air dekat pulau ni. Terbentang luas pulak tu.
Air sangat bersih dan jernih tau. Syok mandi dekat sini. Anak2 pun syok. hehehe.
Dekat pulau ni ikan kecik2 berenang dekat tepi2 tu ade je.
Dekat sini pun tourist guide bgitau 40 minit je.
Adoi tak puas rasa lepak dekat island ni.

Tapi dekat sini tak banyak gambar Sibuk mandi dengan ank2. Hahaha.

Last pit stop: Poda Island

Dekat Poda Island ni paling lama stay. Lebih kurang 1 jam 45 minit.
Dekat sini memang ramai la tourist lepak sebab island ni quite besar.
Dan dekat sini jugaklah kitorang ada lunch buffet. Yayyyy makannn.
Tapi gambar lupa nak snap. LAPAR punya pasal hahaha.
Makanan HALAL. Masa korang nak purchase pakej korang kena make sure benda ni ok?
Makanan sedappp. Daebak!

Jom layan gambar lagi ^_^

Signature kena tangkap dekat sini hehehe

Daddy & Mummy ^_^

Then lebih kurang nak dekat 2 jam dekat island ni, dorang panggil balik naik boat.
Yang bestnya masa balik ni, dorang siap serve kitorang buah tembikai & nenas macam dalam gambar ni.
Serious Awin lupa snap masa tu. Plus anak2 dah tertido kepenatan atas boat tu HAHAHA.

Image result for makan buah atas boat krabi
Credit picture: http://meyahoney.blogspot.my/2013/04/krabi-trip-lunch-phi-phi-don.html

Selain buah-buahan, mineral water pun free flow atas boas. Korang jangan risau la. Complete siap dah bayar hehe.
So Awin rasa pakej 4 Island ni memang berbaloi untuk kitorang yang bawa anak2 dan parents.
Then lebih kurang pukul 330petang, kitorang sampai hotel.

Puas hati sangat!
Jumpa lagiii dekat next entry ^_^

Saturday, 6 January 2018

Travel Log Krabi - Hatyai December 2017 - Part 1

Hai ^_^

2017 dah melabuhkan tirai, kejap je dah masuk tahun 2018.
Tapi harini Awin nak share travel log masa bercuti dengan family ke Krabi & Hatyai December 2017 haritu.

Masa awal November 2017, Awin memang ada planning dengan husband nak pergi short vacation lepas project system CMS dah go live on Mid October 2017.
Awal2 planning nak pergi Koh Lipe & Hatyai. Tapi masa buat itinerary macam banyak habis masa atas jalan dan feri. Takut anak2 & mama ayah Awin boring pulak.

So kitaorang changed plan to Krabi!
Memang bukan dalam bucket list kitorang masa tu pun hehe.

So pada Khamis, 7 December 2017 kitorang fly ke Krabiiiiiii yayyy!
Flight kitorang pukul 710am.
Kitorang ke KLIA2 naik bus dari KL Sentral.


Perjalanan ke Krabi hanya ambil masa 1 Jam 15 minit je.
Makan Nasi Lemak Pak Naseer, tido2 ayam, dah sampai hehehe.


Landed je dekat aiport Krabi, settle imigresen semua, 1st thing terus carik simcard.
Benda paling penting. Senang live update HAHAHA.
Kebetulan masa tu simcard Dtac ada promo, hanya 100 BAHT.
100 BAHT lebih kurang RM12. 4G, data unlimited. Murah kan? Sangat berbaloi.
Atas laut pun upload gambar lajunyeee.

Simcard settle, terus cari transport ke Aonang. Mula2 ingat nak naik bus, tapi agent yang ada mini van ni approcah, terus deal!
Kalau naik bas 150 BAHT, kalau naik mini van 600 BAHT. 
Mini van dia besar tau, macam gambar bawah ni. Aircond dan selesa lagi.
Perjalanan ke Aonang lebih kurang 30 minit.

Image result for minivan from airport to ao nang
Credit picture: https://amazinglanta.com/

Tadaa ni lah hotel yang kitorang stay dekat Krabi, Goodwill Hotel.
Reason kitorang pilih hotel ni sebab berdekatan masjid, sangat senang nak carik makanan halal.
Malaysian memamng ramailah stay sini


Bilik hotel ni pun luas, selesa dan bersih tau.
Deko gajah tu sebijik dalam Agoda hahaha.
Time sampai ni Abang Amsyar tengah tido, bertolak pagi kan. Memang mengantukla.


Lepas check in je, husband, anak-anak, mama & ayah Awin tunggu depan hotel ni.
Bagus dorang ada buat tempat duduk kayu ni untuk rehat2. 
Boleh jugak beli street food then makan dekat sini.


Sementara Awin carik pakej Island Hoping dan Elephant Trekking dorang lepakla dekat sini hehe.
OK, so settle bab check in hotel.
Normally kalau baca dekat blog2, lepas check in dorang akan carik pakej2.
Ada jugak Awin baca, yang stay dekat Goodwill Hotel ni, terus ambil pakej dekat sini.
Sebab MURAH.

Ini yang Awin purchase dengan Goodwill Hotel:
  • Island hopping 4 islands long tail boat: 300 BAHT per pax (Budget Awin 400 BAHT) 400 BAHT for National Fee will pay later dekat boat
  • Elephant trekking: 400 BAHT per pax (Budget Awin 500 BAHT)
  • Van to Hatyai: 300 BAHT (Budget Awin 350 BAHT)
Semuanya under budget, memang syokla!
So bila Awin check semua under budget, Awin tak de la jalan2 survey pakej dekat area Aonang.


Sebelum start aktiviti petang tu, kitorang brunch dulu.
Bawah hotel ni ada pakcik ni jual Nasi Beriani dengan pulut ayam. Rasanya pakcik ni makin femes kot.
Merata gambar dia! Hahahaa.


Ini menu pakcik ni jual.
1st and 2nd day kitorang memang beli sarapan dekat dia je.
Murah dan sedap. Itu yang penting! :)


Lepas makan dan solat, kitorang terus tunggu van yang akan pickup kitorang ke Elephant Trekking.
Pakej ada banyak. Mostly yang ambil Elephant Trekking ni mesti pergi sekali dengan Emerald Pool dan Hot Spring.
Masa nak buat itinerary tu baca dekat blog2 yang lain, Emerald Pool ni jauh. 
Dah sampai pun kena menapak ke dalam lagi, so Awin dengan husband decide kitorang hanya pergi Elephant Trekking sahaja sebab ada bawak anak2 dan mama ayah.
Maybe next time kita pergi Emerald Pool tu :)

Ha dah sampai dekat Elephant Trekking ni. Elephant Trekking ni ada banyak tempat, pakej kitorang ni dekat Safari.
Mama, ayah dan Abang Amsyar naik satu gajah.


Awin, husband dan Anaqi naik satu gajah hehehe.


Lama jugak tau naik gajah ni. Sejam ada kot.


Perasaan naik gajah? Scary pun ada. Sebab gajah yang kitorang naik tu, asyik berhenti je.
Scary pun ada hahaha.


Tapi kan balik dari Krabi, ada kawan bagitau kita tak boleh naik gajah sebenarnya.
Sebab gajah2 ni di train untuk bawak manusia. huhu.
Tak berani pulak bukak video cara dorang trained gajah. Huhuhu.


Habis je Elephant Trekking, dorang terus hantar kitorang balik hotel.
Sebenarnye Awin tunggu jugak gajah ni masuk air hahaa.
Tapi dia just masuk lopak air je? Apakes? Haahaha.

Lepas sampai hotel, rehat2 kejap then kitorang plan nak sewa motor.
Sewa motor dekat sini sangat murah tau!
Sewa untuk satu hari 200 BAHT. Kalau korang nak sewa setengah hari je pun, harga tetap sama.
Kitorang sewa untuk dua hari so total 800 BAHT untuk dua hari dan dua motor.


Dekat sini Awin slumber je naik satu motor ramai2 dan ada je tak pakai helmet.
Gigih naik motor berempat tau hahaha.
Semua nak naik motor dengan mummy & daddy. HEHEHE.



Sedangkan motor Atok dengan Wan kosong kot.
Fuhhh bergaya Atok dengan Wan pusing2 naik scooter.
Macam pergi honeymoon kekeke.

Oh, lupa nak share. Masa korang sewa motor tu, memang dia akan mintak passport korang untuk dorang simpan. Satu lagi, biasanya masa korang dapat motor tu, minyak memang keringla.
So dekat hotel kitorang tu ada je tempat isi minyak.
Minimum untuk isi adalah 50 BAHT.
50 BAHT tu cukup je round2 Krabi tu.



Malam tu kitorang makan dekat Restaurant Bangboo.
Restaurant ni betul2 depan Goodwill Hotel. Hanya cross jalan sahaja.

Image result for restoran bangboo krabi
Credit picture: http://annuranna.blogspot.my/2017/04/bercuti-di-krabi.html

Gambar makanan ada ni je HAHAHA.
Kitorang order kerang bakar, ikan siakap masak stim limau, tomyam, udang goreng tepung dengan som tam.
Frankly cakap harga dekat restaurant ni too pricy. Pricy kalau sedap takpe tau tapi tomyam dekat sini kureng.
Review orang lain cakap sedap tapi mungkin terlampau ramai orang malam tu, so makanan tu rasa takdela sedap sangat.
Kitorang tunggu almost 1 jam setengah kot huhu.


Setel makan, kitorang pi la jalan2 area Aonang beach di waktu malam.
Syokkk oi round2 naik motor tanpa memikirkan pasal keje HAHAHA.


OK. Kita sambung Part 2 nanti. Esoknya nak pegi Island Hoping.
Kena tido awal hehehe.

Till then.