Pages

Saturday 17 October 2015

Jalan-jalan di Farm In The City

Assalamualaikum & Hai Semua^_^
Harini 4 Muharram 1437. Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan Salam Maal Hijrah semua!
Sempena public holiday Rabu haritu, Awin dan husband plan untuk ke Farm In The City.
Baby dalam perut sekarang ni pun dah 39minggu, so marilah kita makin akfif berjalan untuk permudahkan proses kelahiran nanti ecehcehceh hehehe.
Dari hari sebelum nak pergi dah cakap dengan Amsyar, esok kita nak tengok animals tau.
Amsyar memang seronok dan excited la.
Dulu masa pergi Zoo Negara pun seronok sangat hehe.
Jangan membebel banyak2 Awin. Jom kita layan gambar2 dekat Farm In The City:) 

Tengokla ada budak excited sangat hehe.
Owh entrance fee utk dewasa RM32 seorang. Untuk kanak2 kena ukur tinggi. Kalau lebih 90cm kena charge rm27.
Masa dekat kaunter, Amsyar dok atas stroller.
Then dia kata free hehehe.

Kat sini banyak turtle!
Amsyar dgn dady tgh bagi kangkung dekat turtle:)

Besar gilee kan?
Umur turtle ni 40 tahun tak silap.
Tengokla budak belakang tu. Kepoh betol hahaha.

Standard soalan Amsyar.
My, apa ni my? Ni apa?
Kalau korang jawab jawapan yang tak kena bagi dia, dia akan repeat tanya je la hahaa.

Kampung mahmood.
Memang ala2 kampung Farm In The City ni:)

Amsyar, Dady & Burung Kakak Tua!

Amsyar tak takut pegang anak ayam.
Kalau mumy errrr..

Ni tak silap nama dia Skunk.
Skunk tu tengah tido ok hahaha.

Asmyar sibuk ajak mumy tangkap gambar kat sini. Mumy dah lah KURUS sgt tu hahaha.
Tengoklah perut tu. 
Ramai tanya, pregnant KEMBAR ke? *nangisss

Tengah sibuk tengok Duck & Swan:)

Haaaa ni pun antara tarikan yang best, Longkang Fishing!

Kat sini boleh tangkap ikan. Seronok la Amsyar atau budak2 dgn aktiviti mcm ni.

Tengokla budak tu.
Tamak sampai 2 tangguk nak tangkap ikan. Haha.

Yayyyy, dady berjaya tangkap ikan!
Lepas tangkap ikan, jgn lupa masukkan balik dalam air tau hehehe.

Ni sibuk bagi Rabbit makan pulak.
Memang dia la yang paling sibuk dan kecoh hehe.

Yang bestnya dekat sini, semua makanan binatang dorang bagi FREE je tau.
Kalau kat Zoo Negara atau pun sebelum ni pernah pegi Wild Animals dekat Langkawi, kalau nak bagi binatang makanan kena beli sendiri makanan tu huhu.

Banyaknya ikan myyy!:)

Semua makanan kena amik dua set. Mumy atau dady satu, amsyar satu.
Tak mo kongsi-kongsi huhuhu.

Jinak2 semua binatang dekat sini.
Bertenggek2 burung tu hehe.

Kesimpulannya, Farm In The City memang best dan seronok!
Sesuai bawak anak2 untuk explore dan boleh berjinak2 dengan animals yang comel2 dan jinak dekat sini:)

Walaupun ada orang kata agak pricy entry fee dia, dengan keluasannya yang tak berapa besar, tapi Awin puas hati sangat.
Sebab kitorang seronok, tambah2 lagi Amsyar! Hehe. Banyak boleh explore:)

Ok. Sampai di sini sahaja. 
Sampai jumpa lagi ok! :)

No comments:

Post a Comment