Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah harini dah hari ke 28 melahirkan putera ke 2 kami, Shakil Anaqi:)
Alhamdulillah harini dah hari ke 28 melahirkan putera ke 2 kami, Shakil Anaqi:)
Ok. Tujuan buat entry ni just untuk simpanan pengalaman sendiri sebenarnya. Pengalamn yang berbeza bersalinkan dua-dua.
Kalau throwback masa lahirkan Amsyar, 38weeks kena tahan dengan Dr Ratna dekat Putra Medical Center (PMC) sebab 6 minggu terakhir pregnancy tu blood pressure quite high doc cakap.
Start 32 weeks BP bila check range dalam 120-140 bacaan yg belah atas.
So Dr Ratna dah hint, kalau 38 weeks BP tak turun dia akan induced.
Start 32 weeks BP bila check range dalam 120-140 bacaan yg belah atas.
So Dr Ratna dah hint, kalau 38 weeks BP tak turun dia akan induced.
Ok, masa ni memang terima bulat2 je lah keputusan Dr Ratna.
Even takde pun study apa tu induced semua.
Dan kalau ingat balik, Awin pernah ada sekali check BP dekat Klinik Amar, masa tu doc cakap tak perlu induced pun kalau range BP reading cmtu. Entah ler.. Masa tu pun tak pegi tanya doctor lain utk second or third opinions. Huhu.
Even takde pun study apa tu induced semua.
Dan kalau ingat balik, Awin pernah ada sekali check BP dekat Klinik Amar, masa tu doc cakap tak perlu induced pun kalau range BP reading cmtu. Entah ler.. Masa tu pun tak pegi tanya doctor lain utk second or third opinions. Huhu.
So, masa 38weeks pregnant kan Amsyar, BP masa tu 130 mcm tu. Dr Ratna terus tahan. Dia kata kita akan induced Subuh nanti. So, malam tu terus warded dan lebih kurang pukul 6pagi nurse datang untuk induced.
Siapa yang ada pengalaman induced, mesti tau sakitnya induced tu huhu. Sepanjang contraction tu memang menangis, menangis dan menangis je huhu. Then nurse ada tanya, nk ubat tahan sakit tak? Seriously memang taktau apa ubat tu dan iyakan saja.
Walaupun dah mik ubat tahan sakit ni (Petidhine), bila contraction datang still sakit dan tak tentu arah huhu.
Nurse datang VE (ni plng x suka huhu) every 2 hours. Bukaan 4cm masa 4 petang. Dr Rata terus pecahkan air ketuban masa ni dan sakit contraction lagi bertambah sakit gila. Huhu. Nurse sekali lagi offer penahan sakit Epidural.
Dulu seriously mmg tak ada study apa pun. Serah bulat2 je. So, angguk je la amik Epidural hukhuk.
Lepas amik je Epidural ni, contraction memang tak rasa huhu. Dan bermula lah episod bila contraction datang, nurse check ctg, heart beat Amsyar keep drop.
Dan akhirnya setelah Dr Ratna bagi masa hanya sampai pukul 8 malam, Dr Ratna check bukaan hanya 6cm, Dr Ratna suruh decide untuk operation sebab heart beat keep drop.
Bila dah settle operation, nurse dengan Dr tak de bagi baby pun untuk menyusu. Ya allah naif gila la masa dulu ni. Beberapa jam lepas tu baru dorang bagi. Lepastu, baby pulak duduk dekat nursery. Kalau nak jumpa baby baru amik. Dulu, awin memang ingat tu procedure hospital tau huhu. Dan dekat hospital, dorang dah bagi susu formula huhu. Akibatnya, Amsyar memang mengamuk2 bila direct feeding. Hampir 4 bulan jugak, awin pam susu setiap masa utk bagi Amsyar susu thru botol then kalau tak cukup baru bagi direct huhu. Tapi apa pun bersyukur lepad 4 bulan tu memang Amsyar menyusu direct dan dapat menyusukan Amsyar hingga 2 tahun 6 bulan.
So, apa beza pengalaman bersalin Amsyar dengan Anaqi?
Masa dah tau pregnant kali kedua, dari awal memang check up dengan Dr Ratna balik. Niat nak normal tu memang dari awal dah ada.
Then, Awin ada pergi class Amani Birth dengan Kak Fia untuk tahu dan belajar tentang pregnancy dan natural birth. Banyak yang awin dan husband tak tau sebenarnya. Banyak ilmu yang kitorg belajar:) Masa decide nak pergi class Kak Fia pun agak lambat jgk, masa tu dah pregnant 29weeks.
So, selesai class Kak Fia, masa check up 32weeks dengan Dr Ratna, ada discuss tentang bersalin normal dan few requests nak natural birth. Tapi Dr Ratna tolak habis-habisan. Dia kata dia dah tak buat dah. And kalau nak teruskan jugak, suruh carik doc lain Huhu. Masa ni memang sedih huhu.
Then, lepas discuss dengan husband, kitorang decide tukar hospital. Dan kebetulan dapat tahu Dr Fidak ada dekat KPJ Rawang:) Dengan Dr Fidak, awin explain apa yang berlaku dengan Dr Ratna. Awin cakap kat dia, Awin nak cuba normal. Dia sangat2 positive ok. Dia suruh doa banyak2 agar dipermudahkan:)
Hari berganti hari. Perut makin besar. Sampaikan ada beberapa orang tanya, pregnant kembar ke? Hahaha. Masa ni memang agak worried. Sebab nak cuba VBAC kan? Huhu. Tapi Dr Fidak pesan, bila dah sakit sangat baru datang hospital.
Then masa 37weeks, tiba2 satu malam perut cramp. Hujung2 pregnant memang kerap kena tapi malam tu cramp datang sejam dalam 2x. Dalam hati cakap, Braxton Hicks (BH) je ni. Tapi yang peliknya berterusan sampai lah esok nya dan gap tu makin dekat. Laki bini agak cuak masa ni hahaha. Tapi cuak tu hilang bila cramp tu hilang masa tengahri nya. Confirm la BH kan. Hehe. So, hari2 mendatang jalani macam biasa hehe.
Masuk 39weeks, ramai office mate dok tanya, bila nak bersalin? Bila nak bersalin? Sampaikan ramai suggest suruh amik cuti awal. Huhu. Masalahnya tak rasa sakit lagi, macam mana nak bersalinnya oii hehe.
So bila check up 39weeks 5days, Dr Fidak bagi MC. Dan Dr Fidak hanya bagi masa sampai 41weeks untuk tunggu. Dan dia jugak cakap, dia tak akan induced sebab akan tingkatkan risiko huhu. Memang tau pun kalau nak VBAC jangan induced, bahaya.
Bila dah dapat MC, bermulalah episod memperbanyakkan aktiviti berjalan. Konon2 nak cepat bersalin haha. Oh, lepas start gi class Kak Fia, memang tiap2 malam dah stsrt buat squatting dan golek2 atas gym ball. Kalau pinggang dan punggung sakit, duduk atas gym ball ni memang melegakan sangat! Dan masa 40weeks 5days iaitu sehari sebelum sakit datang, kitorang habiskan masa dekat Petrosains KLCC hehe.
Malam tu tido lambat. Lepas Amsyar dah tido, Awin bukak laptop untuk hantar email dekat office mate. Pending keje untuk project sebelum bersalin haritu. Lepas sent email, tengok jam dah pukul 2 lebih, terus tido. Tengah2 tido, pukul 5 lebih pagi terjaga ada contraction. Tapi dalam hati kata, ntah2 BH je hehe. So tido balik.
Tapi contraction keep datang, tapi Awin ignore je. Takut kecewa bukan contraction yang sebenar. Dalam pukul 6 lebih masa contraction still ada, Awin bangun nak solat. Masa buang air, Awin perasan ada mucus plug. Wahhh, ni salah satu tanda nak bersalin. Mucus tu warna brownish sikit. Masa ni dah excited hahaa.
Then lepas dah solat, baring balik nak tido. Cuba nak tido tapi contraction keep datang. Try timing, masa tu dalam 10:1:1. Then terus message husband since dia keje malam.
Bila dah tak boleh tido, pagi tu breakfast awal. Lepas dah breakfast golek2 atas gym ball je. Memang lega habiss hehe. Time ni mama dah risau, asyik suruh pegi hospital je sebab sakit contraction tu dah datang hahaa. Tapi awin malas nak pegi awal, sebab sakit bearable lagi. Takut kalau pergi hospital awal takada bukaan.
So, layan golek2 atas gym ball sampai lah lepas husband solat Jumaat, baru kemas2 baju bersiap nak pergi hospital. Sampai2 hospital pukul 4 petang dah, nurse VE. Nurse cakap dah 4cm. So boleh terus masuk labour room (LR). Dorang nak tolak naik wheel chair, awin kata boleh jalan lagi. Nurse siap tegur, laju nya jalan? Hehe.
Masuk dalam LR, tukar baju semua then sambung golek2 atas gym ball lagi. Start nak solat Asar pukul 5 lebih tu, contraction makin kuat. Nak solat terkerut2 dahi haha. Masa ni memang husband ingatkan deep breathing je. Bila contraction datang, amalkan deep breathing memang lega sikit.
Bila contraction makin kuat, dah tak boleh duduk atas gym ball dah huhu. Position yang paling dapat melegakan masa ni adalah hip sway sambil peluk husband. Ini lah position yang paling lega. Seriously, sangat-sangat lega bila contraction tu datang, sway hip sambil peluk husband. Smbil tertido2 jgak masa gap between contraction tu hehe.
Then dalam pukul 1 lebih pagi, tiba-tiba Awin rasa contraction kuat sangat, rasa pressure yang teramat. Tiba-tiba POPPP. Air ketuban pecah! Nurse, nurse husband jerit panggil husband hehehe. Fuhhhh. Macam tu rasanya bila air ketuban pecah. Masa Amsyar kan docn yang pecah kan. Huhu.
Bila air ketuban dah pecah, nurse VE sekali lagi dan bukaan still 5cm huhu. Nurse cakap kepala still tinggi. Then Dr Fidak datang. Doc pelik contraction kuat, serviks dah lembut tapi kenapa bukaan stil 5cm dan kepala baby still tinggi, tak mau masuk laluan. Tengah2 contraction tu, Dr Fidak scan perut. Still estimate dalam 3.5-3.6kg. Then, sampai pukul 2 pagi bukaan masih 5cm, Dr Fidak akhirnya buat keputusan untuk operation huhu. Masa ni memang sedih. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki nak VBAC.
Masuk OT Room, Awin request sorang nurse teman pegang tangan sebab sejuk sangat. Dekat KPJ kalau emergency czer husband tak boleh masuk huhu. Dan tepat pukul 3.23 pagi, dengar suara baby menangis, Shakil Anaqi selamat dilahirkan. Masa dalam OT Room tu kecoh sekejap, sebab Anaqi keluar 4.19kg. Hahaha. Semua orang terkejut! Jangan kata semua dalam tu, Awin sendiri blur bila ada budak 4kg dalam perut ni hahaha. Maybe sebab kepala agak besar, Awin pun tak tinggi, Anaqi susah nak masuk kat laluan huhu.
Tapi masa ni lega sangat..sebab dah selamat lahirkan Anaqi setelah 40weeks 5days:) Syukur Alhamdulillah:)
Keluar je dari OT Room Awin dah pesan dekat nurse, Awin nak fully breastfeed. Then dorang pun terus bagi Anaqi dekat Awin untuk room in, senang nak breastfeed. Dorang amik Anaqi bila nak mandi je. Perasaan sangat la seronok walaupun penat bersalin tak hilang lagi. Dan esok petang nya, kitorang dah boleh discharge. Yayy!
So..itu lah sedikit sebanyak pengalaman bersalin kalini. Pengalaman masa labor paling tak dapat lupakan. Kalau sebelum ni masa contraction datang, jerit2 nangis2, kalini memang boleh control. Tambah pulak environment dekat KPJ yang best.
Semoga anak next dapat VBA2C. Eh? Hehe. Dr Fidak pun kata ok. Dengan syarat next baby pemakanan kena jaga. Bahasa mudah DIET sikit. Hahaha.
Ok. Jom layan picture Anaqi:)
Hi. Saya Shakil Anaqi bin Shahrazmim:)
Picture ni beberapa jam lepas lahir.
Sebelum discharge. Jom balik! Hehe
Abang Amsyar dengan Anaqi. Ni masa 7 hari:)
Saya dah cukur rambut:)
Abang Amsyar sayang sangat kat baby Anaqi:)
Ok. Sampai di sini sahaja. Tulisan ini ditulis berdasarkan pengalaman Awin ok!
Thanks sudi baca! ^_^
No comments:
Post a Comment