Assalamualaikum & hai semua ^_^
Sorry sangat entry holiday di Korea tertangguh lama huhu.
Kali pertama pergi Korea masa Winter bulan February. Lepastu sibuk dengan system enhancement untuk GST. Tapi sempat lagi pergi Korea kali kedua bawa mama n gang masa Spring bulan 5.
Dengan pregnant lagi and now dah bersalin entry pasal Korea tak settle2 hahaha. Kang masuk kali ketiga pergi Korea, pun tak siap lagi? Eh?? Hehe.
Sorry sangat entry holiday di Korea tertangguh lama huhu.
Kali pertama pergi Korea masa Winter bulan February. Lepastu sibuk dengan system enhancement untuk GST. Tapi sempat lagi pergi Korea kali kedua bawa mama n gang masa Spring bulan 5.
Dengan pregnant lagi and now dah bersalin entry pasal Korea tak settle2 hahaha. Kang masuk kali ketiga pergi Korea, pun tak siap lagi? Eh?? Hehe.
Tapi thanks kepada semua yang sudi singgah blog ni baca pasal Korea. Entry tentang Korea memang banyak hit ok!!! Ok, jom sambung hari ketiga di Korea masa Winter.
Hari ketiga kalau ikut itinerary kitorang akan ke Nami Island, Petite France dan Namsan Tower. Yay!
So pukul pagi2 7 pagi kitorang dah keluar dari GH. Sebabnya, untuk ke Nami Island nanti, kena naik train, taxi dan feri. Mencabar tak? Hehehe. Gitu lah kalau backpacker hehe. Tapi tak susah pun.
Dari GH, kitorang naik dari station Jongno 3 ke station Cheongnyangni. Perjalanan dalam 15 minit. Sampai je dekat station Cheongnyangni, terus amik exit ke Cheongyangni Station Square.
Jangan risau, follow je signage.
Jangan risau, follow je signage.
Tiket naik train ITX ke Nami Island Awin dah beli siap2 dari Malaysia. Boleh beli dekat sini.
Pilih station Cheongnyangni ke station Gapyeong. Kitorang beli tiket pukul 745 pagi dan kos tiket untuk dewasa adalah 4000won.
Sampai je dekat Cheongyangni Station Square, pergi dekat kaunter tinggal untuk tukar ke tiket dan lepastu boleh turun ke platform train. Tak susah pun. Dekat Korea ni kalau tak tau, tau sure boleh tanya je. Ada je orang-orang muda yang pandai cakap English, tak pun kalau tak pandai dorang akan usaha kita fahamkan jugak hehe.
Perjalanan dari station Cheongnyangni ke station Gapyeong ambil masa lebih kurang 50 minit.
Dalam train ni kitorang tak tido pun sebab menikmati permandangan dalam perjalanan ke Nami Island tu. Rugi lah kalau tido kan? Hehehe.
Dalam train ni kitorang tak tido pun sebab menikmati permandangan dalam perjalanan ke Nami Island tu. Rugi lah kalau tido kan? Hehehe.
Nami Island ni kira pinggir bandar lah. So saki baki salji masih ada:) Best je tengok ^_^
Breakfast dalam train. Sedap aihhh susu pisang Korea nih!
Selfie anak beranak. Amsyar tido hehehe.
Amsyar bangun dah. Mamai2 je lah muka nya hehehe.
OK. So sampai je dekat station Gapyeong (ada annouced dalam train), kitorang terus cari taxi. Sebenarnya ada dua cara nak ke Nami Island. Samada naik bas atau taxi. Kalau korang naik bas, tambangnya 5000won dan boleh guna untuk ke Petite France (upcoming entry tunggu tau hehehe).
Tapi kitorang decide naik taxi je. Tak beza banyak pun sebab kitorang berlima termasuk Amsyar. Tambang taxi ikut meter tau. Kitorang kena charge 3000won.
Tapi kitorang decide naik taxi je. Tak beza banyak pun sebab kitorang berlima termasuk Amsyar. Tambang taxi ikut meter tau. Kitorang kena charge 3000won.
Ni view keluar dari station Gapyeong. Depan tu boleh amik taxi. Jangan risau, memang banyak.
Dalam taxi otw ke Nami Island. Saki baki salji masih ada.
Nami Island ni satu kepulauan tasik. So, memang kena naik feri. Mula-mula kena beli tiket dulu.
Harga 8000won seorang untuk dewasa. Harga ni untuk feri dan entrance fee sekali.
Tunggu feri ni tak lama pun. Tak silap feri ada 10-20 minit sekali. Korang boleh check dekat website visit Korea ok?
Tunggu feri ni tak lama pun. Tak silap feri ada 10-20 minit sekali. Korang boleh check dekat website visit Korea ok?
Masa dekat Nami Island ni agak sejuk jugak. Masa angin dia tu adoi tak tahan.
Posing2 hehe.
Amsyar banyak dok dalam SSC je lah. Sejukkk hehehe.
Nama je Winter. Tapi salji dah hampir tak ada dah masa ni. Pokok pun kaler gitu je lah.
Tengah2 jalan jumpa unggun api ni. Kasi panaskan badan dulu la!
Gambar ni diambil depan restaurant halal. Masa Winter, sayu je macam tak ada orang. Masa Awin pegi time Spring, dekat area sini la meriah. Beza sangat pergi berbeza musim!
Pehal ntah ada benda ni huh!
Nami Island ni memang femes di kalangan orang Malaysia la. Memang ramai orang Malaysia datang sini. Siap ada signage dalam Bahasa Melayu lagi hehehe. Tambah pulak, Nami Island ni femes sejak drama Winter Sonata. So, tak lengkap kalau datang tak tangkap gambar kat sini kan? hehehe.
Budak-budak ni nak jugak. Layannn hehe.
Amsyarrr, tak sejuk ke?? Tengok muka pun tau dah sejuk hihihi.
Amsyar, MakNgah Cikin & Ayin ^_^
Banyak ukiran arca macam ni dekat Nami Island
Cikin, sebijik kot! hahahaha.
Dekat Nami Island ada beberapa cara untuk explore satu pulau ni. Boleh jalan kaki, sewa basikal, naik buggy atau pun naik train.
Air tasik masih beku lagi..
Ha...tempat ni femes kot. Port yang selalu orang tangkap gambar! hehe
Layan lagi budak-budak ni hehe
Eh, awek mana nih? Kahkahkah.
Ha..ni awek tunggu jodoh bila nak datang hahaha.
NI pun bajet2 tempat yang biasa orang tangkap gambar la. Sebabnya scene dalam filem Winter Sonata ada amik dekat sini. Ngeeee~
Bila dah berjalan, mestilah laparrrr kan? Hah kalau dah sampai Nami Island ni, jangan lupa makan Nasi Goncang tau. Location restaurant ni dekat dengan Library.
Halal certified tau. Don't worry!:)
Kenapa nama Nasi Goncang? Sebabnya sebelum makan kena pakai glove & goncang hehe. Kitorang semua order set Nasi Goncang Kimchi & Telur. Harga satu set 5000won.
Yang Cikin pegang tu Kimchi Pancake. Harga lupa hehe. Air kitorang minum air sejuk je. Memang style dorang minum air kosong sejuk tu je. Jimat & jaga kesihatan!
Dekat Nami Island ni berjalan je lah aktivitinya. Jalan-jalan & tangkap gambar.
Dah puas berjalan, so kitorang pun bergerak balik. Sebab kitorang memang plan dari awal mesti habis explore Nami Island ni dalam masa 3 jam je. Banyak tempat lain nak jalan ni hehe.
Ni lah feri tu. Dalam 10 minit je naik feri untuk sampai ke Nami Island ni.
Kenangan sebelum tinggalkan Nami Island. Huhuhu. Kejap je duduk kat luar ni nak berposing. Lepastu cepat-cepat masuk dalam, sejuk grrrr~~~
OK. Sampai di sini sahaja tentang Travel Log Korea kitorang pada hari ketiga Part 1- Nami Island.
Next entry Awin akan cerita lepas jalan-jalan di Nami Island, kitorang ke Petite France pulak!
Ini semua gara-gara Running Man. hehe.
Sampai di sini sahaja. TQ korang sudi baca ^_^
No comments:
Post a Comment