Pages

Saturday 27 April 2019

Travel Log Padang - Bukit Tinggi, Indonesia 2019

Assalamulaikum semua ^_^

Lama betul tak tulis dekat blog ni, last tahun lepas hahhaha.
Tahun 2018 memang penuh dengan kebizian project2. Eh rasa tiap2 tahun bizi kekeke.
Ok kalini Awin nak share Trip family ke Padang & Bukit Tinggi, Indonesia January lepas.
3 bulan sudah. Trip Maldives pun dok dalam draft. hahaha.

Kalini pergi Bukit Tinggi, Indonesia Awin amik ground package. Biasa jalan tak pernah amik ground package, last time pergi Bandung pun amik pak supir je. Saja kalini amik ground package, harga tak beza sangat kalau jalan sendiri, lagipun selesa sikit untuk family.

Abang Amsyar & Anaqi. Time baik memang macam ni kekeke

Kids nowadays 

Bizi dengan camera Makngah beli hehe

Actually trip di create sempena adik Awin balik cuti belajar dari Taiwan tapi last minute dia tak dapat balik pulak. Sedangkan ticket flight semua dah beli. Burn je la jawabnya. Huhuhu.

Missing Cikin in ths trip. Burn je ticket!

Trip ni 4 hari 3 malam. 2 malam kitorang dekat Bukit Tinggi, 1 malam dekat Padang. 
Suasana dekat Bukit Tinggi okla nyaman2 je,  Padang sangat panassss hehee. 

Flight kitorang pagi.
Biasa kitorang naik bas dari KL sentral to KLIA2, kalini kitorang parking dekat Go Park Klia. Sangat2 recommended!
Sangat sesuai untuk mereka yg fly dengan family dan nak parking dekat dengan airport.
Check it out dekat website dorang ok!

Perjalanan dari KL to Pandang ambil masa 1 jam je. Sampai2 airport,  supir yang Awin deal dah siap tunggu.


Ha ni lah van yang kitorang naik sepanjang 4 hari 3 malam dekat sini. 
Alhamdulillah selesa untuk 6 dewasa dan 3 kanak2.

Perkara pertama sampai2 Padang adalah makan. Ya Allah, sedap sangat makanan dekat Rumah Makan ni. Air jus dia pun super sedapppp. Murah pulak tu.
Adakah masa tu terlampau lapar? Hahaha.




Owh lupa nak bagitau. Planning nya sampai2 terus stay dekat Bukit Tinggi. 
So lepas makan perjalanan dari Padang terus ke Bukit Tinggi. Perjalanan ambil masa 2 jam lebih dan perjalanan dia lebih kurang perjalanan naik kereta ke Cameron Highlands.





Mostly tourist ke Bukit Tinggi memang singgah sini. Air terjun ni ibarat macam Lata Iskandar otw ke Cameron Highlands tu hehee. 

Then kitorang teruskan perjalanan ke Rumah Minang. Cantik tangkap gambar dekat sini. 




Kalau korang nak sewa dan pakai baju tradisional Minang pun boleh macam Mama Ayah dan Adik Awin ni, tak mahal pun. 
Awin tak sewa pun, kalau Hanbok laju la Awin pi sewa hahaha. 



Untuk hari kedua, ikut itinerary kitorang akan melawat Lubang Jepang. 
Disebabkan Awin amik ground package, so semua entrance fee dah included dalam package.





Menarik jugak jalan2 dalam Lubang Jepang ni. 
Ada tour guide yang explainkan sejarah Lubang Jepang ni.
Standard la sejarah tentang Jepun menjajah hehehe.
Macam2 ada bawah tu, bilik tahanan semua ada. Gelap dan sejukkk.
Dan macam biasa laaa soalan2 dari Abang Amsyar dengan Anaqi berderet2 banyaknya hahaha.





Settle melawat dkt Lubang Jepang ni, kitorang dibawa membeli belah kerepek.
Masing2 beli kerepek untuk bawak balik ole2. Jujurnya kerepek ni bagi Awin agak pricy sebab sebungkus RM4, kuantiti tak banyak sangat pun. Rasa pun lebih kurang Malaysia punya je.



Settle beli kerepek, kitorang singgah di Sulaman Hajah Rosma. Masa ni Mama Ayah je turun sebab anak2 tido dekat riba Awin hehee.
Mama ada beli baju sulam dekat sini, cantik jugak sulaman dia ^_^



Perut dah lapar, so next apa lagi kita makan tengahari.
Scene sangat cantikkk dekat sini sebab berlatar belakangkan sawah padi.




View memang superb tapi dari segi rasa, Rumah Makan lagi sedap lauknya.
Konsep makan lauk minang ni, pinggan yang berusik akan dikira/dibayar.
Tapi since Awin amik package, kitorang bedal la semua lauk hahaha.





Perut dah kenyang, next kitorang jalan2 lagi lagi sampai kepenatan di Istana Pagaruyung dan Desa Pariangan.






Desa Pariangan ni dinobatkan desa paling tercantik di dunia tau. Desa ni berlatar belakangkan Gunung Berapi Merapi.
Tapi tak dapat nak tangkap gambar gunung berapi ni sebab masa tu tengah berkabus. huhu.

Sekeping gambar ni je la ada gambar dekat Desa Pariangan ni hahaha.
Nyaman tau kat sini. Lepak2 tepi bukit sambil minum kopi dengan pisang goreng ^_^

Untuk hari ketiga,  itinerary nya adalah shoppinggg. 
Kitorang shopping dekat Pasar Atas.


Macam2 ada, kain sulam ada, telekung sulam, ole2, tshirt I Love Bukit Tinggi semua ada jual dekat sini.




Baju kemeja batik dekat sini cantik2 jugak tapi harga tak murah sangat pun sehelai RM50 lebih.
Carik juga batik budak2 tapi takde. Tanya2 dekat few kedai pun takde jual.

Cantik2 kan? Rambang mata masa ni hehe. 

Tapi sekarang ni pun Awin dah start jual Kemeja Batik Kanak-Kanak dan Dewasa. 
Batik kanak2 sehelai RM35. Batik Dewasa RM60. Originally from Indonesia.
Boleh jengok dekat FB Awin ye Norul Awin Norzain ^_^

Dah settle shopping ingat nak jalan2 dekat Jam Gadang.
Biasanya kalau dah sampai Bukit Tinggi ni, memang orang bergambar dekat Jam Gadang tapi malangnya Jam Gadang tengah renovation. Tangkap gambar jarak jauh je lah. Huhu



Lepas settle shopping, next itinerary kitorang akan ke Puncak Lawang. On the way ke Puncak Lawang, biasa lah ada pit stop. Hehe.

Minum teh halia di Panorama Sg Landia




Next kitorang minum air tebu di Kilang Tebu Tradisional. Sedappp air tebu dia.
Dorang gunakan kerbau untuk perah tebu.




Akhirnya destinasi yang terakhir harini, Puncak Lawang sambil melihat keindahan Tasik Maninjau. Nice view ^_^






Settle di Puncak Lawang, kitorang bergerak ke Padang. Dekat Padang kitorang tido satu malam.
Kitorang sampai pun dah malam, lepas makan malam terus tido. Masing2 kepenatan hehehe.

Hari keempat di Padang, pagi tu lepas breakfast kitorang siap2 packing luggage terus untuk balik sebab flight kitorang tengah hari.


Singgah sekejap tangkap2 gambar tepi Pantai Padang ni ^_^



The gateway of Indian Ocean.


Ni lah supir sepanjang 4hari 3malam kitorang berada di Bukit Tinggi & Padang, Indonesia ^_^


Last but not least, Masjid Raya Sumatera Barat. Cantik kan masjid dia:)




So basically utk trip ke Bukit Tinggi dan Padang ni,

Ticket flight termasuk seat & luggage: RM280 (boleh dapat lagi murah kalau beli awal. Normally harga ticket dalam RM100 lebih sahaja)
Ground package 4hari 3malam: RM460 per pax termasuk hotel, transport, fee tempat lawatan dan makan sepanjang di sana

Kalau nak dapatkan contact supir yang Awin gunakan, boleh contact:
Pak Herman +62 812-6784-9399
FB: HERMANN HOLLANDE

Awin wassap je. Memang senang berurusan.

OK, so berakhir sudah trip 4hari 3malam bersama family ke Bukit Tinggi dan Padang ni.
Memang enjoy dapat tengok banyak view dan paling best bab makannn!

Thanks yang sudi baca. 
Jumpa lagi dalam next entry, Maldives ^_^
Insya Allah.

1 comment:

  1. Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Bandung.
    Driver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
    Makanan yang dijamu juga enak.
    Pokoknya,kalau mahu ke Bandung hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
    Makasih ya empunya blog
    Facebook: melancong murah baloi
    Ig: melancong_murah_baloi

    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi
    linktr.ee/MelancongMurahBaloi

    ReplyDelete