Pages

Wednesday 26 September 2018

Tioman Island 2018 ❤

Assalamualaikum n Hai korang.
Lame benor Awin tak update blog ni. Last June kot hahaha.
Ni semua sebab kebizian. Banyak project, rasa macam sepanjang tahun banyak system changed, especially GST 0% dgn SST hehehe.
Sebenarnya Awin ada nak update trip short vacation pergi Vietnam awal tahun haritu tapi sampai lani tak dan hahaha.
So marilah kita move on dulu ke trip Tioman yang baru selesai ❤

Ok. Trip kalini dinamakan trip 2.0. Kenapa trip 2.0? Sebabnya trip 1.0 kitorang pegi masa April 2011. Masa tu Awin dgn kawan2 baik sekolah MGSKL gi Kuching, Sarawak. So, kalini kitorang pilih Tioman ^_^
And kalini masing2 tinggal 'handbag' masing2 hehehe.  Tq Wan n Atok jagakan Abang Amsyar n Anaqi ❤

Dan kalini kitorang pilih bas sebagai transport ke Mersing. Malas nak drive hahaha. So kitorang berkumpul dekat TBS dan bas bertolak Khamis, 20.9.2018 1130pm.
Dalam bas tido je la. So sampai dekat terminal bas Mersing dalam pukul 515am.

21 September 2018

Dari terminal bas kitorang jalan kaki ke Jeti Mersing, dalam 10 minit. Tapi kitorang behenti minum pagi dulu dekat mamak. Settle minum, kitorang terus jalan ke jeti. Dekat jeti ada surau dan toilet, so jangan risau ok nak settle semuanya dulu sebelum naik feri hehee. 

Tangkap gambar sebelum naik feri hehehe. Kitorang naik feri yang pertama pukul 7 pagi.
Jadual feri setiap bulan tak sama ye, kena check dulu dekat website sebulan sebelum pergi.

Yayyy, dah sampai!! Perjalanan dari jeti Mersing ke Kampung Genting lebih kurang 1 jam setengah.

Kitorang stay dekat Idaman Beach Holiday Resort. Sampai je jeti, wakil chalet angkat semua beg kitorang naik motosikal roda tiga tu. Kitorang jalan kaki hehehe. Dekat kampung Genting ni, motor je transport dia.

Inilah chalet yang kitorang stay selama 3 hari 2 malam ^_^

Sampai2 je kitorang lepak2 kejap dulu and apa lagi, tukar baju nak terjun laut laaaaaa.

Baju Perodua tu merata dah sampai. Hahaha.

Hari pertama tu kitorang snorkeling depan chalet je. Ikan ada tapi tak banyak la. Coral pun ada tapi tak banyak jugak.

Kalau tak tangkap gambar tak sah kan! Nampak gambar macam nak hujan tapi tak hujan pun. Bila petang mendung2 gitu.

Nampak tak geng2 laki dok snorkeling kat belakang tu, geng bini sibuk tangkap gambar hahaha.

Petang nya lepas snorkeling kali kedua depan chalet, kitorang buat photoshot. 
Ko ade???? Hahahahaha.
Jom layan gambar waktu petang kat Tioman.

Shasha lambat sangat siap, tangkap je la gambar tanpa dorang hahaha.

Shah & Awin

Jenal & Shasha

Fahmi & Shima

Ezai & Shaf

4 couples ❤

Macam cover album kekeke

Geng2 suami ❤

Geng2 isteri ❤

Kucing tu pun pelik tengok wey hahaaha

Lepas tangkap2 gambar, kitorang minum petang lepak dekat kedai area jeti tu, banyak jugak makanan. Rasa pun ok, sedap jugak dan harga pun takla mahal sangat. 
Makan malam tu pulak dekat chalet je sebab dah termasuk dalam pakej.

22 September 2018

So, untuk hari kedua kitorang breakfast dekat chalet dan kena berkumpul depan chalet pukul 9am untuk aktiviti snorkeling, yahuuu!

Tapi Awin dengan husband jalan2 tepi pantai dulu pagi tu sebelum breakfast, morning walk giteww. Kekeke.

Damai je rasa. Langsung tak fikir pasal keje hahaha.

Vitamin SEA ❤

First time dua2 tinggal dua2 anak ni. Tq Wan & Atok tolong jaga Abg Amsyar & Anaqi ^_^

Syok lepak macam ni

❤❤❤

Depan chalet Idaman 

OK. Lepas semua dah siap breakfast, kitorang semua dah tak sabar nak pergi aktiviti snorkeling.
Macam biasa, tangkap gambar dulu baru naik bot hahaha.
Jom layannn.




Kalau ikut pakej, dorang akan bawak ke duty free shop dekat Kg Tekek sdan snorkeling dekat 2 points iaitu Marine Park dan Renggis Island. 

Gambar dekat Marina Harbour dekat Kg Tekek

Bergambar dekat kapal2 ni lagi syok dari duty free shop tu hahaha

Settle dekat Duty Free Shop, boatman terus bawak kitorang ke Marine Park. Kawasan sini besar, ramai orang, ikan banyak dan besar tapi takde coral.
Jom layan gambar lagiiiii.
Maafin kalau gambar tak clear ye. Amatur gitew. Kekeke.

Masa kitorang sampai ni tak ramai lagi

Nampak tak ikan2 tu? Gila la besooo. 

Scary tau snorkeling kat sini sebab ikan dia macam boleh tangkap dan buat makan hahaha

Actually gambar kat sini banyak, tapi disebabkan kitorang snorkeling bahagian tepi pantai which is kaki sampai cecah pasir, so air jadi keruh. Gambar jadi tak cantikla kiranya heehehe

Orang  nak start ramai dah time ni

Ha dekat sini ada Satay Tioman. Sedappp weyy.
(Pic credit to Ezai)

Next, snorkeling dekat Renggis Island

Hebat Jenal, laki Shasha. Orang Pulau ni hehee

Kat sini super duper banyak ikannnn. Beribu-ribu agaknya hahaha. Plus ada coral jari.

Best snorkeling sini ^_^

Banyak kan ikannnn?

Lakiku selfie satu kali kekeke

Yang ni pulak dekat Tomok Island. Boatman payungg katanya hehehe.
Tq boatman Shahrom!

Snorkeling beramai-ramai sampai hitam muka hahaha 

Dari atas boat nampak ikan2 tu ^_^

Syok snorkeling dekat sini sebab air jernih sangat ❤

Tomok Island tu last point kitorang snorkeling. 
Actually banyak video dalam air, tapi Awin malas la nak filter and upload hahaha.
Settle snorkeling, boatman hantar balik chalet dalam pukul 2-3pm.
Sampai chalet ketiduran la apa lagi hehehe.

So apa aktiviti malam terakhir dekat Tioman?
Jawapan dia KARAOKE hahahaa.
Sewa je dekat Idaman ni. Sejam RM35.






23 September 2018

Then, tibalah hari nak balik KL. Memang dah rindu anak2 dah masa ni hehe.
Hari nak balik tu kitorangnye feri pukul 9am.

Sementara tunggu feri sampai
  
Nak balik dah

Love this picture! ❤

Shima & Fahmi ❤

Awin & Shah ❤

Last group picture ❤

Alhamdulillah, hari terakhir tu kitorang selamat tiba di TBS pukul 6pm. 
Selamat pergi dan balik.

In summary, Tioman ni syok utk mandi laut dan snorkeling. Awin pernah pergi 3 pulau je.
Bagi Awin tempat paling best adalah Mabul Island, Tioman then baru Krabi.

Tq kawan2ku. Semoga friendship 20 tahun kita akan kekal selamanya ❤❤❤ 

No comments:

Post a Comment