Pages

Thursday 7 June 2018

Jalan jalan di MAPS, Ipoh May 2018

Assalamualaikum Kawan2. Selamat Berpuasa ^_^
Lama rasa tak update blog since bz dengan project2. Tambah pulak dengan system2 nak kena cater GST Zero Rated haritu.

Harini Awin nak share jalan2 MAPS, Ipoh masa sebelum bulan puasa haritu.
Lama dah nak pergi MAPS sebenarnya. Tapi bila tengok harga dia mahal jika nak bandingkan dengan Legoland yang kitorang pergi dulu walaupun agak mahal tapi berbaloi ada Theme Park dan Waterpark. So asyik tertangguh je la.

So akhirnya kitorang plan week before bulan puasa nak pegi ke MAPS. Awin kerap tengok website MAPS utk tengok promo2 setiap bulan. Dan kebetulan masa date kitorang pergi tu, mak mak masuk free sempena Mother's Day, adult RM60, kanak2 atas 3 tahun RM50. OK berbaloi kalau harga macam ni! Hehehe.

OK jom layan gambar sepanjang dekat sana ^_^

Ada sambutan Mother's Day

Abang Amsyar tulis Happy Mother's Day Mummy ^_^ Adik pun nak tulis jgkkk hehehe

Bangunan2 dia cantikla

Adik beradik ni excited sangat la!

Abang Amsyar semangat nak explore MAPS

Daddy dengan anak2 ^_^ Muka masa ni semua ok lagi la. Belum kepenatan kekeke

1st game yang kitorang main.
Playland dalam MAPS. Yang ni semua peringkat umur kanak2 boleh main

And then yang ni. Rasa nya mana2 theme park ada ride ni kan?

Budak ni nak pusing lagi kekeke


Naik aeroplane hehehe

Cuaca terik, jangan lupa bawak air!

Ini mummy and Abang Amsyar je naik. Sebab minimum umur 4 tahun.
Masa ni Adik Anaqi nangis nak naik hahaha.
So korang yang bawak anak2, sebelum pergi khatam dulu zone2 dalam theme park MAPS ni dekat
website dia, then plan nak explore yang mana dulu.

Ingatkan ada games dalam ni, rupanya tempat makan. 3 tingkat lagi tu!
Harga makan standard la dalam theme park. Tapi sedappp.

Yang ni ada macam convenience store jual air macamtu dengan macam 3D Art museum

Next kitorang pergi area Smurf ni.
Tips datang MAPS ni, make sure kalau korang nak masuk Theater Smurf ke, Boboiboy Academy ke atau tengok car stunt, korang check timetable dia masa dekat entrance MAPS tadi.
So korang boleh plan nak explore which zone dulu. Takut terlepas waktu je.

Sekali lagi, Abang je lepas naik ride ni. huhu.
Mostly ride dekat sini takyah beratur panjang pun. Memang tak ramai.
Yang ramai masa nak tengok Smurf and Boboiboy.

Ni beratur nak masuk theater Smurf.
Yang ni seronok jugak! Ada 2 ways communication between hos dia dengan audience. Kanak2 pun seronok ^_^ 
Tapi gambar tak boleh tangkap dalam tu huhu. So korang kena pergi dan feel sendiri la seronok ke tak hehehe.

Ni pulak Boboiboy Academy. Dua2 ni memang ramai beratur tapi jangan risau, setiap satu sesi ramai boleh masuk.

Ini pun salah satu tarikan dalam MAPS ni, car & motorcycle stunt show. Enjoyyy 

OK. masa ni masing2 dah mula nampak keletihan hahaha.
Adik pun dah tido. 

Mummy & Abg Amsyar ^_^
Abang pun dah keletihan. Masa ni lebih kurang pukul 3 lebih petang dah.

 
Untuk adult punya ride, tak banyak pun sebenarnya huhu. 3-4 rides tak silap.
Tapi kalau korang tengok rides dia, korang akan cakap theme park lain pun ada hahaha.
Termasukla bumper car hahaha.
Yang ni Daddy saja try la sebelum kitorang nak balik hehee.

Ada satu lagi zone which is Dreamzone belum bukak lagi. Orang kata ada banyak tarikan dekat situ contohnya Megamind Megadrop Tower. Tapi patut dah lame bukak, still tak bukak2 lagi.
Tak sure kenapa. Huhuhu.

So basically, MAPS ni berbaloi kalau harga dia macam kitorang pergi ni. Means ada PROMO.
Kitorang habiskan masa dari 10pagi sampai 330 petang. Then terus check in hotel area Ipoh town untuk rehatkan badan.

Semoga entry ni memberi manfaat dan sedikit info untuk korang yang baru plan nak pergi MAPS!
Jumpa lagi ^_^

2 comments:

  1. Assalamualaikum..tq sis sharing..nak bwa ank2 pegi awal bulan depan..ada tiket offer rm50 dewasa&knk2 pun hrga sma..atleast boleh buat panduan pengalaman sis ni..thanks a a alot..😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sorry baru baca. Happy holiday sis😘

      Delete