Pages

Sunday 19 April 2020

Resepi Kimchi Mudah dan Sedap

Hai korang😍
Harini Awin nak share resepi Kimchi Korea. Resepi ni Awin Google je tapi Awin adjust bagi kena dengan tekak sendiri.
Bahan-bahan untuk Kimchi:

Bahan A
1 biji kubis China
1 batang lobak putih
1 biji buah pear
1 batang carrot
Segenggam daun bawang

Bahan B
1 cawan air
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu besar brown sugar

Bahan C
3 ulas bawang putih
1 inchi halia
1 biji bawang Holland

Bahan D
60 gram Gochugaru atau kalau takde serbuk cili biasa pun boleh
1 sudu garam

Cara-caranya:


Belah kubis kepada dua, basuh setiap kelopak dan toskan. Kemudian, letakkan garam kasar di setiap kelopak kubis. Dah letak garam, simpan kubis ni di dalam bekas selama 2 jam. Setiap 30 minit jangan lupa terbalikkan kubis ni.

Sementara menunggu kubis diperap dengan garam selama 2 jam, bolehla potong lobak putih, buah peat, carrot dan daun bawang panjang-panjang seinchi. Dah siap, boleh letak tepi dulu.

Kemudian, satukan bahan B iaitu air, tepung beras dan garam di dalam periuk dan masak di atas dapur dengan api yang kecil. Setelah sebati, masukkan brown sugar pula dan kacau hingga gula larut. Dah siap, boleh tutup api dan biarkan suam.


Seterusnya, blend kering pula bahan C. Ada yang blend sekali dengan udang jeruk tapi Awin tak letak. OK step yang ni mudah je, dah blend letak tepi juga.

Setelah kubis dah perap dengan garam selama 2 jam, basuh balik kubis tersebut, toskan dan potongkan kubis tersebut kecik-kecik.

Dalam satu bekas yang besar, masukkan bahan B, C dan D. Sukatan Awin ni Kimchi ni tak pedas pun walaupun color dia merah. Awin suka color Kimchi macam ni, tak suka cair-cair. So korang boleh agak-agak bila letak serbuk cili ni ya. Dah letak semua kemudian, gaulkan paste tersebut. Masa ni korang boleh rasa sikit paste tu, mana tau terlebih garam atau terlebih gula.


Last sekali, masukkan semua bahan A termasuk kubis tadi dan gaul semua bahan sehingga sebati. Dah siap gaul, korang simpan lah Kimchi tu ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Awin ada baca, mostly orang Korea letak luar dulu means dalam suhu bilik dulu then lepas 2-3 hari baru masuk dalam peti ais, tapi ada juga kata boleh je terus masuk peti ais. So depends dekat masing-masing ok.



So ni lah hasil nya Kimchi setelah simpan sehingga hari ke 4. Kimchi ni akan berair, sedappp oi Kimchi ni. Sendiri buat, sendiri kata sedap😂 Owh lepastu Kimchi ni makin lama disimpan, makin sedap tau. So, sementara masih ada masa PKP ni, boleh la korang cuba resepi ni ok.



Kimchi yang dah siap boleh la makan dengan Ramen ke, buat Nasi Goreng Kimchi ataupun Sundubu Jiggae. Selamat mencuba dan jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain jugak😊

Norul Aswin Norzain,
Tak pernah tak suka Kimchi nyumm2!😋
https://t.me/norulaswinnorzain

No comments:

Post a Comment