Pages

Showing posts with label myeongdong. Show all posts
Showing posts with label myeongdong. Show all posts

Tuesday, 1 December 2015

Travel Log Korea 2015 - Day 3: Part 2 (Petite France & Namsan Tower)

Assalamualaikum & Hai Korang

Seperti yang Awin janjikan, Awin akan sambung share pengalaman Day 3 di Korea.
Untuk part 1, boleh refer kitorang pergi Nami Island dekat sini.

So, lepas keluar Nami Island, kitorang ambik taxi untuk ke Petite France.
Petite France ni sebenarnya perkampungan budaya France di Korea tau!
Petite France ni tau pun bila tengok Running Man ada buat pengambaran dekat sini hehe.
Kalau korang naik bas dari Gapyeong station, korang boleh guna tiket yang sama untuk ke Petite France ni. Bas boleh tunggu dekat bus stop depan 7 Eleven dekat parking area Nami Island.
Tapi kitorang naik taxi je, Lebih cepat sikit, lagipun bila travel dengan budak, kalau kena bayar lebih sikit untuk keselesaan OK je.

Kos tambang taxi dari Nami Island ke Petite France Awin sebenarnya tak ingat dah berapa hehehe.
Tapi tak mahal sangat pun dan perjalanan ambil masa lebih kurang 20 minit.

Haaa dah sampai dah Petite France! Ni entrance masuk:) 
Selain Running Man, dekat sini pernah buat pengambaran drama Secret Garden dan My Love from the Star. Entrance fee Petite France ni 8000won untuk dewasa.

Ada macam2 dekat Petite France ni

Layannns~~~

Comel kan? Antara kedai dekat sini

Cikin, awat muka ko mcm tu? Heehe

Antara view dalam perkampungan ni

Cantik kan kat sini? Kalau masih ada salji mesti cun kan?

Ha..Dekat sinilah 'penjara' dalam Running Man bila tag dorang dah kena cabut! Tengok dalam tv macam besar, rupanya kecik je. Tipah tertipu. Hehehe.

Ada rabbits dekat dalam ni. Amsyar suka la kalau tengok animals ni:)

Apa yang korang cuba lakukan ni? Hahaha

Comel tak saya? Suka picture ni:)

Amsyar pandang apa tu?

Suka lagi picture Amsyar dekat sini! ^_^

Kalau main-main macam memang dia suka la hehe

Mak ngah Cikin sibuk nak inter frame jugak hahaha

Jalan-jalan lepastu behenti tangkap gambar. Tu jelah kejenya. Eh nama pun bercuti kan? hehe.

Hai! Saya Shakir Amsyar ^_^

View cantik lagi dari atas Petite France ni! Ya allah, macam tak sangka dapat jejak ke sini. 
Ingat lagi dalam Running Man ahli yang mana ntah yang nyorok atas menara belah kanan tu hehe. Sebelum ni tengok kat tv je, tak sangka dapat jejak sini. Alhamdulillah:) 

Ha, jangan tak tau dalam Petite France ni pun ada guesthouse. Tapi tak tau la dari segi harga semua macam mana kan. Korang boleh cuba google2 ok.

OK. Settle dah jelajah Petite France ni, kitorang nak bergerak balik dah. Petite France ni tak besar sangat pun. Korang boleh allocate masa dalam 1 jam ke 1 jam setengah je dekat sini dalam itinerary korang untuk explore tempat ni.

So, next kitorang akan ke Namsan Tower. So dari Petite France kitorang amik taxi untuk ke Gapyeong station balik. Sampai je dekat station, Awin baru perasan yang sebelum datang Korea, Awin hanya beli tiket train ITX pergi sahaja iaitu sehala. Lupa nak beli tiket balik. Hahahaha.

Bila tanya staff dekat station tu, next ITX punya train kitorang kena tunggu dalam 2 jam. 
Ishhh. 2 jam macam2 boleh buat tau. Then, staff tu suggest kitorang naik train biasa. Bila dia cakap macam tu, baru lah macam Haah eh. Kenapa tak terfikir nak amik train biasa je? Train biasa ni macam subway biasa yang kitorang naik tu. Train yang behenti2 dekat setiap station dan perlu tukar train. ITX pulak train laju yang terus je tanpa behenti. Dan ofkos train biasa perjalanan dia amik masa 1 jam lebih. Tapi dari tunggu 2 jam, baik naik je train biasa.

Setelah discuss, so kitorang decide naik train biasa. Owh, masa naik train biasa ni kitorang excited sangat tau! Sebabnya salji turunnnn. JAKUN. Hahaha. 
Dalam perjalanan 1 jam lebih ke Namsan Tower tu memang kitorang lelap mata la hehe. Dapat jugak nap kejap. Macam ni lah kalau backpacker kan?

Untuk ke Namsan Tower, kena behenti dekat station Myeongdong. Dari sini, kitorang jalan kaki ke Namsan Tower. Jalan kaki tu tak jauh sangat dan tak dekat sangat. Ada dalam 15 minit jalan kaki hehe. Ada 3 cara untuk sampai ke Namsan Tower. Samada jalan kaki, naik bas atau pun naik cable car. Pilihan kitorang? Ofkos la cable car.

Cara nak ke cable car, dari Myeongdong station, keluar dekat Exit 4. Jalan straight sampai korang akan nampak bangunan Shinsegae. Sampai dekat simpang bangunan ni, korang masuk kiri. Dari sini, jalan sikit lagi lebih kurang 5 minit, akan bawak korang ke lif untuk naik cable car ke Namsan Tower.

Kalau refer dekat picture ni, bangunan Shinsegae yang belah atas tu. 
Arrow tu pulak lif yang akan bawa korang ke cable car.

View Namsan Tower dari dalam cable car.

Sampai dah:)

Namsan Tower ni ibarat KL Tower dekat Malaysia la. Kitorang tak naik pun tower tu, just jalan2 atas tu je. Kos untuk naik cable car ni adalah 8500won untuk dewasa untuk pergi dan balik. 

Namsan Tower ni beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 11 malam.

Tak tau la nak panggil pondok ke apa? hahaha. Tapi Running Man ada shoot dekat sini.
Tak habis2 dengan Running Man hahaha. 
Eh tapi My Lovely Kim Sam Soon dengan Boys Over Flowers pun ada shoot dekat sini tau.

 Dari atas tower ni, kita boleh nampak sekitar bandar Seoul. Cantik sangat:)



Satu lagi, dekat Namsan Tower ni famous dengan Locks of Love. Tapi kitorang malasla nak beli padlock tu nak gantung kat sini hahaha. Kalau korang nak gantung, boleh beli padlocks dekat kedai cenderahati dekat situ dan gantungkan:)

Actually gambar dekat Namsan Tower ni tak banyak sangat pun kitroang tangkap.
Camera kitorang tak cantik sangat bila tangkap waktu malam ni hehee.

Lepas jalan-jalan dekat Namsan Tower, kitorang turun balik dan jalan-jalan area Myeongdong Street pulak. Dekat sini memang famous dengan kedai-kedai kecantikan macam Nature Republic, Etude House, FaceShop, BodyShop, Innisfree, Skinfood ish banyak lagi laaa. So sesiapa yang gila kan barang cosmetics dan skincare, Myeongdong wajib masuk dalam itinerary anda! Hehehe.
Dan satu lagi bestnya dekat sini, korang beli 1 barang ke atau banyak barang ke, dorang mesti bagi free gift tau! Syokkk oii hehe.

Dah penat berjalan dan shopping, pukul 10 malam kitorang bergerak balik GH. Sampai GH  makan maggi dan terus tido hehehe.
Harini memang hari yang penat. Memang fully utilized satu harini. Dari ke Nami Island, Petite France, Namsan Tower dan singgah sekejap Myeongdong.
Esok nak bangun awal lagi nih. Nak pergi theme park Lotte World yayyy!  

Sampai ketemu lagi.
Jumpa lagi dalam next entry nanti OK?
Thanks sudi singgah ^_^

Sunday, 1 March 2015

Korean Food: Myeongdong Topokki One Utama

Assalamualaikum.
Annyeonghaseyo ^_^

Eh dah kenapa pulak cakap bahasa Korea?
Pergi Korea lagi ke? Hahaha.

Ok. Harini nak share pasal makan Korea hari Rabu haritu.
Awin tak tau la kenapa la pengaruh Korea ni kuat sangat hehe.
Semua ni pengaruh dari minat Running Man, group idols KPOP macam FT Island, Big Bang dan macam-macam lagi la.
Belum lagi drama-drama Korea.
Mana la makanan Korea pun laki bini layan. Nasib sama taste hehe.

Sebelum ni dah banyak kali makan makanan Korea. Yang kitorang selalu pergi dekat Ampang Point, Mid Valley, The Gardens, The Street Cafe dekat Sunway Pyramid.
Tapi kalini kitorang pegi Myeongdong Topokki dekat One Utama.
Dan kalini excited terlebih sikit sebab dah habis pantang hahahaa.
Makanan Korea la dok fikir yang akan ku terjah lepas habis pantang ngeeee.

Ha ni la dia Restoran Myeondong Topokki. Dekat Sunway Pyramid pun ada. Tapi dekat sini besar sikit.

Dekat mana location restoran ni?
Dekat New Wing, LG312B. Betul-betul berhadapan dengan Kedai Daiso. Tak susah pun nak cari :)

Dalam restoran. 
Teringat subway dekat Korea >_<

Jom terjah menu apa ada dekat Myeongdong Topokki ni!
Untuk yang taktau, Toppokki ni sebenarnya rice cake yang diperbuat daripada tepung beras. Rice cake ni lembut dan chewy gitu.

Berbeza dengan cawangan yang dekat Sunway Pyramid, sini menu banyak pilihan.
Ofcos la main dish adalah Toppokki kan?
Tapi dekat sini syok ooo. Ada banyak set pulak tu! Excited sangat tengok menu dia hehe.

Nama-nama set tu Dongdaemun, Sindang Dong tu nama station dekat subway Korea.


So, apa yang kitorang makan? 
Ni husband Awin punya. Set Toppokki dengan Chicken. Jangan risau tau nak makan ayam tu, ada Halal certified tau:)

Yang ni pulak Awin punya.
Awin order Set Rapukki. Set ni dapat side dish macam makan kat Korea dulu. Ada ikan bilis, kimchi dan radish:)

Dengan set ni jugak, dapat Kimbap ni. Nyums~

Sebelum balik tapau Vege Mandu ni hahaha.
Tiga ketul ni RM5.

Overall, dari segi makanan, lagi sedap dan banyak dari dekat The Street Sunway Pyramid. Kitorang kalau teringin makan Toppokki atau Rappukki memang makan dekat The Street je sebelum ni. Sebab dekat dengan rumah mama Awin kan? 
Tapi bila makan dekat Myengdong Topokki ni, lagi sedap kot! Paste kuah dia pun pekat tau!
Tambah pulak kalau compare dari segi harga, dekat sini lagi murah tau. Portion makanan pun sini lebih banyak. Memang tak rugi la makan dekat sini hehehe.

Tapi bila dah habis makan, Awin tanya husband. Makan dekat sini dengan Restaurant  I Love Sindang dong dekat Korea dulu mana lebih sedap? Husband cakap mestila I Love Sindang dong hahaha. Nanti Awin share ok masa kitorang makan dekat restaurant I Love Sindang dong dekat sambungan entry Korea eh:)

Ok. Sampai berjumpa lagi.
Jangan lupa try Myeongdong Topokki ni ok. Confirm tak menyesal:)