Pages

Saturday 24 August 2019

Travel Log Maldives 2019 - Part 4 Water Villa di Centara Ras Fushi Resort & Spa Maldives

Assalamulaikum semua๐Ÿ˜

Awin sambung ok dari entry sebelum ni ya๐Ÿ˜‰

Day 4 - 3 March 2019

Pagi tu kitorang bangun awal. Lepas solat semua, kemas2 barang, kitorang breakfast dulu (included).
Lepas breakfast, terus check out dan tunggu public ferry dekat tempat mula2 sampai haritu.

Sempoi je public ferry ni. Murah pun murah. Hanya USD2 per pax. 

Tangkap gambar dengan minah salleh ni. Dorang ni dari France, stewardess Qatar hehe. 
Kenal masa sama2 pergi snorkeling๐Ÿ˜  

Rupa atas public ferry ni๐Ÿ˜Š

Saja je pilih naik public ferry ni. Not bad jugak sebab selesa je cuma perjalanan 90 minutes la. 
Sepanjang perjalanan Awin memang tido je la haha.

Tapi kena ingat public ferry ni bukan direct ke airport tapi ke Male (bandar Maldives). 
So dari jeti kitorang amik taxi ke airport USD10 per taxi tapi kira USD5 per couple sebab kitorang share dengan stewardess tadi.

Sampai2 airport, kitorang jalan2 dulu la. Lagipun haritu tak jalan2 area airport ni, terus ke Maafushi Island.

Air dekat airport pun cantik. Memang tak boleh move on๐Ÿ˜



Settle jalan2 area airport, kitorang terus pergi ke kaunter private island.
Dekat sini memang semua kaunter private island.


Berbulan2 carik water villa private yang paling 'murah'.
Akhirnya, Centara Ras Fushi Resort adalah pilihan kitorang๐Ÿ˜

Antara sebab utama kitorang pilih Centara ni adalah boat transfer adalah FREE๐Ÿ˜

Lama jugak Awin dok survey2 nak pilih watervilla ni.
Yelah kitorang ni rakyat marhaen je, walaupun nak stay 2 hari 1 malam je so memang kena pilih betul2.

Memang ada watervilla yang murah, tapi bila kira boat transfer fee, terus jadi beribu2 harga nya. 
So pandai2la pilih ya๐Ÿ˜Š

Life jacket pun lain macam ok hahaha

Nak sampai private island dah. I'm so excitedddd๐Ÿ˜

Kitorang sampai je resort, statff2 hotel dah siap tunggu dah

Welcoming all the guest๐Ÿ’“

Masa kitorang sampai ni baru pukul 1130am, waktu check in standard la pukul 1-2pm.
Since kitorang sampai awal, kitorang settle kan urusan check in dulu dan jalan2 area resort.

Kaunter untuk check in, ada beberapa set kaunter check in macam ni. 
Jakun pulak rasa bila di served dekat sini hahaha










Settle jalan2, tangkap gambar sana sini hehee, so dalam pukul 2 kitorang check in.
Dekat setiap private memang ada beberapa jenis bilik, ada yang facing beach, ada yang atas air.
Dah alang2 sampai Maldives, haruslah pilih yang atas air aka Watervilla kan?

Otw ke villa. Naik buggy ๐Ÿ˜

Belanja view dalam bilik๐Ÿ˜

Dah check in, perut pun dah lapar.
So nak makan apa?
Sejujurnya dekat private island ni Awin memang masak haha. Tak mampu la nak lunch or dinner dekat sini sebab bila tengok harga USD100 semuanya hahaha.

Tapi kalau korang ada lebih duit, boleh la lunch & dinner sekali dekat private hotel ni hehehe. Kitorang nan hado.
Ala masak simple2 je, lebihan ayam dari Maafushi Island ada lagi kahkahkah.

Perut dah kenyang, then kitorang siap2 tukar baju nak pergi swimming dan snorkeling dekat area villa.

Kelebihan duduk dekat water villa ni, boleh terjun depan chalet terus hehe.
Ikan pun super duper banyak tau kat sini.
Ikan pari pun dok lalu lang, sotong, macam2 binatang la.











Then dalam pukul 5 petang kitorang terus pergi dekat area shark feeding.
Setiap petang ada shark feeding dekat area resort. Staff hotel cakap shark2 kat sini jinak. 
Seriau jugak ok masa mandi tu. Teringin nak tangkap gambar depan Huhuhu.

Gambar Shark yang ni je sempat snap haha. Walaupun ada beberapa ekor

Dekat resort sini kitorang more nak relax je.
Jalan2, lepak2, tengok permandangan. Hehehe




Malam tu sekali kitoang masak sendiri je, makan Samyang. Jimat Hehehe ๐Ÿ˜…
Then tengah lepak2 dekat balkoni sambil makan Samyang, tiba2 bell bilik berbunyi.
Sekali bila bukak pintu, pihak hotel surprise kan kitorang dengan kek anniversary dan sparkling juice!


Seronok sangat rasa. Dah la FREE ok! ๐Ÿ˜˜

Patutla masa check in dia tanya datang sempena apa, bila kitorang bagitau sempena Anniversary sebab tu la die surprise kan kot hehehe.

By the way dua kali dorang surprise kan ok!
Sebabnya lepas kitorang dah nikmati kek anniversary dan sparkling juice, kitorang jalan2 amik angin waktu malam jalan2 area resort. Then balik2 bilik ada deko Happy Anniversary atas katil.

Happy berganda2. Syukur Alhamdulillah ๐Ÿ’“

 Day 5 - 4 March 2019

Pagi tu kitorang bangun pagi lepak depan balkoni melayan sunrise.
Bilik kitorang ni memang menghadap sunrise, ada bilik menghadap sunset.




Then kitorang siap2 nak pergi breakfast. Nasib brekafast included. Hahaha.
Breakfast dekat sini dah tentu la mewah huhu.
Pelbagai menu ada, pilih saja.







Lepas settle breakfast, kitroang teruskan lagi dengan swimming dan kayak sekitar resort.




Tenang sungguh dekat sini, syok je rasa ๐Ÿ˜‡
Tapi cumanya resort ni bukan kids friendly. Tak silap hanya kanak2 12 tahun ke atas je boleh stay huhu.
So masa pilih mana2 private island dekat Maldives, kena make sure dulu kids friendly atau tak kalau bawa anak ok ๐Ÿ˜Š

Since kitorang punya flight pukul 9pm, pihak hotel suggest untuk boat transfer ke airport lewat iaitu pukul 6pm.

Walaupun check out macam biasa pukul 12pm, tapi kitorang still boleh guna semua facilities dan kalau perlu rehat, tido atau mandi, ada Chill Lounge disediakan. Fuh memang best!




So sementara pukul 6pm tu, kitorang jalan2 tangkap gambar last round area resort, husband Awin siap main game dulu dekat game room, tengok shark feeding lagi then rehat2 dekat Chill Lounge.









Then dalam pukul 6pm, boat dah siap sedia untuk hantar ke airport.
Perjalanan tak lama, 20-30 minit sahaja.

So malam tu flight kitorang pukul 930pm, alhamdulillah sampai di KLIA2 pukul 5am.

Last bergambar depan watervilla kitorang ๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–

So summary untuk day 4 & day 5:

Public ferry: USD4
Taxi from Male to Airport: USD5
Centara Watervilla: RM2500

Basically kalau korang pergi 4hari 3malam dan stay di Maafushi Island, tak sampai RM3K pun per couple. Termasuk makan yang sedap2 belaka (sekali je masak utk Awin) dan duit ole2 sekali.

Tapi kalau korang nak merasa duduk watervilla dekat private island boleh add RM2500 depends on resort apa yang korang pilih.

Benda ni terpulang, stay dekat Maafushi Island pun ok je. Dapat rasa duduk dengan local, dapat jumpa and kenal2 dengan local.

Tapi orang kata, kalau tak duduk watervilla, tak lengkap feeling pergi Maldives gituuuuu ๐Ÿ˜

Last but not least, yayyyy Maldives checked! ๐Ÿ’ƒ
Laut Maldives ni sumpah cantikkk sangat, so tolong la pergi ๐Ÿ˜‚

Air cantik sangat dari airport, Maafushi Island hingga lah dekat private island, Centara Ras Fushi Resort ๐Ÿ˜‡

Thanks kepada family kerana sudi tolong jagakan Abang Amsyar & Anaqi sepanjang kitorang cuti ni๐Ÿ˜˜

Maka tamat lah travel log di Maldives. Jumpa lagi ๐Ÿ’˜๐Ÿ’˜๐Ÿ’˜

No comments:

Post a Comment